Semalam di laman Twitter, pelakon kacak Remy Ishak telah berkongsi bersama followers-nya berkenaan pengalamannya yang kurang best melibatkan – hhm – ‘kelibat’.
Untuk pengetahun korang, Remy sekarang dalam proses persediaan untuk sebuah filem seram berjudul ‘Pontianak The Legend’. Filem yang turut dibintangi oleh Namron, Tony Eusof, Fazura, Hisyam Hamid dan Shenty Fezliana itu katanya bakal memulakan penggambaran tak lama lagi dan buat masa ini, Remy sebagai pelakon berpengalaman gemar untuk menghayati wataknya terlebih dulu.
Namun, dalam sibuk untuk get into character, Remy memuat naik tweet seolah-olah selalu dibayangi oleh kelibat makhluk halus. Mungkin pontianak memandangkan itulah jalan cerita filem tersebut.
Dalam penghayatan watak utk filem baru judul ‘PONTIANAK’. Tak ada benda yg seronok & best dalam hidup aku sekarang ni. Script ni buat aku jahanam! semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allah hu Allah!
— Remy Ishak (@remy_ishak) January 14, 2018
Ramai followers yang memberikan sokongan kepada Remy agar bertabah dengan dugaan tersebut dan menyuruh berubat secara Islam. Tak kurang juga yang mengatakan bacaan ayat kursi merupakan senjata hebat jika berdepan dengan makhluk halus.
Hhm, meremang juga bulu tangan. Penulis banyak kali terdengar cerita gangguan makhluk seperti pontianak ini. Dan antara spot popular adalah ketika kita memandu. Mungkin juga ayat Remy: “Semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang” bermaksud dia pernah melihat kelibat ketika memandu. Wallahualam.
Sebagai pendedahan untuk mengelak ‘kelibat’ ketika memandu terutamanya untuk perjalanan malam, mungkin kita boleh belajar sedikit tip daripada Esah Bujang (nama gelaran) yang berpengalaman dalam hal seperti ini.
1. Mulakan Dengan Doa
Sebelum bertolak, bersiap-sedia terlebih dulu dengan bacaan doa. Ini juga valid sebelum memandu pada bila-bila masa. Amalkan bacaan surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, bacaan empat surah Qul dan bacaan doa memandu.
2. Jangan Cakap Besar
Jangan sesekali cuba untuk tunjuk power, tunjuk jantan atau mencabar makhluk halus agar menggangu korang. Pesanan orang tua-tua ini wajib diikuti terutamanya jiks memandu di kawasan yang sedikit ‘keras’. Kan ada peribahasa, terlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata…
3. Elakkan Makanan Berdaging Di Dalam Kenderaan
Sebaik mungkin, elakkan makanan seperti daging bakar, ayam bakar waima burger sekalipun di dalam kereta ketika perjalanan jauh utara-selatan atau ke pantai timur. Bukanlah kerana ajaran khurafat. TETAPI makhluk halus di kawasan ‘keras’ cepat tertarik dengan makanan berdarah walaupun ia telah dimasak. Lebih baik kita ambil langkah selamat.
4. Jika Kereta Terasa Slow..
Esah Bujang pernah mengalami situasi di mana kereta yang dipandu pada waktu malam tidak dapat memecut laju. Paling power pun setakat 60-70 kilometer sejam. Beliau juga perasan yang ramai pemandu dari arah jalan bertentangan mula memberikan lampu high beam. Setelah berhenti di Karak, beliau bertemu dengan seorang pemandu lori di belakang kereta mereka tadi. Pemandu lori bertanya, “Tak perasan ke tadi.” Perasan apa?
Rupanya, ada makhluk yang berada di atas kereta mereka tadi! Mungkin sebab itulah, kereta terasa slow. Jika ia terjadi kepada korang, berhenti di kawasan awam secepat mungkin seperti di RnR.
5. Kalau Tahu Kereta Diganggu
Selepas berhenti di RnR, selalunya kelibat tersebut akan hilang dari pandangan mata. Namun, tak nampak bukan bermaksud ‘ia’ tak ada di situ.
Antara petua yang dikongsi adalah untuk mendapatkan rokok ( kalau tak merokok, beli sekotak dari kedai di stesen minyak ), bakar sebatang dua dan letakkan di atas jalan, berhampiran dengan kereta. ‘Pesan kepadanya’ untuk tidak mengganggu korang lagi selepas ini.
Kenapa rokok? Ini kerana asap adalah antara ‘makanan’ makhluk halus. Seperti juga makhluk Tuhan yang lain, ia akan terleka jika diberikan makanan dan pada masa itulah, korang boleh beredar dari situ.
6. Terus Diganggu Semasa Memandu
Hhm, degil betul ‘dia’ ni. Tiada apa yang lebih hebat melainkan ayat suci Al-Quran.
Bacalah ayat Al-Fatihah terlebih dulu. Tetapkan niat kepada Allah agar korang dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan. Kemudian, baca ayat Kursi sebagai pendinding diri.
Namun, selalunya jika diganggu oleh makhluk halus, kebanyakan mangsa akan sukar nak membaca ayat panjang seperti itu. Serius, tergagap!
Jadi, bagi memudahkan korang yang tak lancar membaca ayat Kursi, laungkan saja azan kerana azan membuatkan ‘ia’ gelisah dan merasa panas.
InsyaAllah, penjalanan korang okay je sehingga ke destinasi. Paling penting, sentiasa percaya kepada kekuasaan Allah dan berserah kepadaNya. Amalkan suruhannya sepanjang masa agar diri sentiasa dilindungi insyaAllah. Wallahualam.