Bukan hanya paras rupa yang digilai ramai, Hero Malaya, Remy ishak juga terkenal dengan sikap merendah dirinya.
Menurut pelakon filem Sangkar itu, walaupun sudah lama berada dalam industri seni tanah air, namun dia mengganggap setiap hari adalah proses pembelajarannya sebagai seorang anak seni.
“Macam saya dahulu, saya pun ada idolakan seseorang. Tentunya apabila orang jadikan kita penanda aras, kita akan rasa berbangga kan. Tapi, saya sendiri pun masih belajar.
Ads
“Dalam dunia lakonan ini tak ada orang yang lama sebab kita semua bermula dengan benda baharu. Saya pun masih proses belajar. Jadi, bila orang rasa nak berlakon dengan saya, percayalah saya pun gementar.
“Sebab saya pun baharu. Setiap projek adalah baharu. Tapi, Alhamdulillah kalau ada orang rasa keterujaan itu,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, bapa kepada seorang putera ini memaklumkan dirinya sentiasa terbuka untuk membantu pendatang baharu saat dijadikan rujukan ketika berada di set pengambaran.
Ads
“Ya ada. Tapi, saya tak ingat nama. Dalam set pun ada yang tanya dan merujuk kepada saya. Okey sahaja untuk ajar. Kita tak boleh anggap budak baru lahir, terus berlari. Mereka perlukan masa untuk merangkak, kemudian berjalan.
“Beri mereka waktu. Saya pun pernah berada di situasi begitu. Takkan kita nak anggap mereka terus tahu semua,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita mungkin tidak pernah bertemu muadzin yang suaranya amat merdu dan nyaring hingga kedengaran ke seluruh pelusuk kota Madinah iaitu Bilal bin Rabah.
Diceritakan Bilal bin Rabah merupakan orang berkulit hitam dari Habsyah (Ethiopia) yang memeluk agama Islam ketika masih menjadi budak. Dia merupakan salah satu sahabat Nabi yang dipilih untuk mengumandangkan azan pada zamannya.
Peristiwa tersebut terjadi pada tahun pertama Hijriah.
Ketika dia mula-mula memeluk agama Islam, Bilal terus-terusan disiksa setiap hari oleh majikannya dan menyuruhnya meninggalkan Islam. Kerana keengganannya, dia dia seksa oleh majikannya.
Abu Bakar menemukan Bilal bin Rabah di bawah terik matahari. Saat itu, dia sedang menerima hukuman dari majikannya bernama Umayyah di tengah padang pasir yang sangat panas dan lehernya pun diikat.
Bilal ditelentangkan menghadap matahari dan dadanya ditindih dengan batu yang sangat besar sehingga membuat nafas Bilal terasa sesak. Namun Bilal kemudian dibeli oleh Abu Bakar dan kemudian dipilih sebagai muadzin kerana dia memiliki suara yang indah.
Selain itu Bilal mempunyai suara keras sehingga dapat menjangkau jarak jauh sekalipun. Bilal menjadi muadzin pertama yang mengumandangkan azan di kota Madinah.
Namun di akhir hayat Rasulullah, Bilal tidak lagi mengalunakan azan kerana terlalu bersedih atas kewafatan Baginda. Selepas kewafatan Rasulullah, hanya dua kali Bilal mengalun azan sehingga seluruh penduduk Madinah keluar dan menangis bersamanya kerana mereka rindukan suara tersebut.
Bagi generasi hari ini, kita mungkin tidak berpeluang mendengar suara asli Bilal bin Rabah namun seorang Syekh Hisyam Atthiyary dikatakan dapat mengalunkan azan menyamai aslinya azan yang sanadnya bersambung sampai ke Muazzin Bilal bin Robah.
Alhamdulillah, memang merdu alunan azannya. Biar Bilal bin Rabah sudah tiada tetapi sanad guru ke guru akhirnya kita di masa kini dapat mendengar alunan asli Bilal bin Rabah. Betapa bertuahnya kita!
Nada asli azan Bilal bin Robah yang dikumandangakan oleh Syekh Hisyam Atthiyary yang sanadnya bersambung sampai ke Muazzin Bilal bin Robah~ Kalam Majnun ~ ? ♥️
Pejam celik, 14 tahun telah berlalu sejak drama bersiri Korea, Coffee Prince menjadi kegilaan ramai.
Dengan skrip yang original dan lakonan mantap SEMUA pelakon di dalam tersebut, tak hairanlah Coffee Prince mudah diminati ramai malah menjadi karya klasik; sehinggakan banyak negara luar termasuk Malaysia dan Thailand yang mengadaptasi drama tersebut ke dalam bahasa masing-masing.
Penulis tertanya-tanya, apa telah jadi dengan pelakon Coffee Prince sejak tahun 2007? Cer tengok.
01
Gong Yoo (Choi Han-gyul)
Choi Han-gyul yang dimainkan oleh pelakon kacak. Goon Yoo ialah pengurus kedai kopi yang cuba untuk melawan kehendak keluarga. Walaupun keluarganya mengharapkan Han-gyul mewarisi perniagaan kopi mereka dan berkahwin dengan perempuan berstatus tinggi, dia menggunakan Eun-Chan yang diingatnya sebagai lelaki sebagai kekasih tipu.
Masih dengan potongan rambut yang seakan sama, Goong Yoo sudahpun berusia 42 tahun tetapi masih hot! Antara lakonan terbarunya yang menjadi hit ialah drama Goblin, filem Train To Busan dan terbaru menerusi cameo dalam drama tular Netflix, Squid Game.
02
Yoon Eun-hye (Eun-Chan)
Comel dan berbakat besar dalam lakonan! Eun Chan merupakan watak perempuan yang sedaya upaya menyembunyikan identitinya dan bertukar menjadi lelaki demi mendapatkan kerja di kedai kopi yang hanya mengambil pekerja lelaki.
Hebatnya penangan Eun Hye sebagai pelakon pada kali ini sehinggakan ramai remaja perempuan yang memotong rambut menjadi pendek.
Comel Eun-hye ni sebenarnya! Dengan wajah yang lebih feminin, satu perkara je yang tak berubah. Eun-hye masih kekal muda seperti dulu.
03
Lee Sun-gyun (Choi Han-Sung)
Serius penulis ingatkan watak Choi Han-Sung ini akan mendapat Eun-Chan pada akhir drama ini, sesuai kot!
Lee Sun Gyun memainkan watak produser muzik yang tertarik dengan karakter Eun-Chan. Pada masa yang sama dia masih sayangkan ex-girlfriend yang (wow) cantik. Apa yang membuatkan watak Han-Sung menarik adalah personalitinya yang laid back, nerdy dan rumahnya yang cantik.
Tiga tahun lalu, Sun-gyun pernah berlakon di dalam drama My Mister dengan wajah yang sedikit berlainan. Untuk watak serius ini, dia memotong rambut pendek dan membela misai. Pada tahun lalu, namanya kembali popular apabila tampil dalam filem yang memenangi kategori Filem Terbaik di Anugerah Oscars, Parasite. Sun-gyun memainkan peranan sebagai ayah dalam keluarga Park.
04
Chae Jung-An (Han Yoo-Joo)
Jadi cantik pun, boyfriend pandang perempuan lain. Haihh..
Tapi pelakon Chae Jung-An memang nampak cantik menerusi drama Coffee Prince ini sehinggakan ramai penonton lelaki yang terpikat dengannya. Wataknya, Yoo-Joo merupakan cinta pertama Gong Yoo.
Memasuki tahun 2021, pelakon ini masih cantik seperti sedia ada. Seriously, apa yang dimakan oleh pelakon drama Korea eh? Semuanya semakin cantik bila berusia.
Jung-an juga muncul dalam drama berbentuk peguam, Suits (versi Korea) dan mempunyai penampilan yang lebih matang.
Rindunya dengan Coffee Prince! Agak-agak, macam mana pelakon drama popular seperti Squid Game akan kelihatan 10 tahun dari sekarang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri bersetuju untuk bercerai talak satu secara baik kira-kira jam 8.40 malam tadi, menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Nora turut memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah kerana mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan tenang dan positif.
“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun telah berakhir di sini”
“Paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga”
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga”
Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam tadi.
Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelumnya, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...