Bukan hanya paras rupa yang digilai ramai, Hero Malaya, Remy ishak juga terkenal dengan sikap merendah dirinya.
Menurut pelakon filem Sangkar itu, walaupun sudah lama berada dalam industri seni tanah air, namun dia mengganggap setiap hari adalah proses pembelajarannya sebagai seorang anak seni.
ARTIKEL BERKAITAN : Remy Ishak Tak Gemar Berkolaborasi Bersama Pelakon Bersikap Sambil Lewa Di Set
“Macam saya dahulu, saya pun ada idolakan seseorang. Tentunya apabila orang jadikan kita penanda aras, kita akan rasa berbangga kan. Tapi, saya sendiri pun masih belajar.
“Dalam dunia lakonan ini tak ada orang yang lama sebab kita semua bermula dengan benda baharu. Saya pun masih proses belajar. Jadi, bila orang rasa nak berlakon dengan saya, percayalah saya pun gementar.
“Sebab saya pun baharu. Setiap projek adalah baharu. Tapi, Alhamdulillah kalau ada orang rasa keterujaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang putera ini memaklumkan dirinya sentiasa terbuka untuk membantu pendatang baharu saat dijadikan rujukan ketika berada di set pengambaran.
“Ya ada. Tapi, saya tak ingat nama. Dalam set pun ada yang tanya dan merujuk kepada saya. Okey sahaja untuk ajar. Kita tak boleh anggap budak baru lahir, terus berlari. Mereka perlukan masa untuk merangkak, kemudian berjalan.
“Beri mereka waktu. Saya pun pernah berada di situasi begitu. Takkan kita nak anggap mereka terus tahu semua,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Remy Ishak