Haihh, itulah tak ikut lagi arahan yang dikeluarkan.
Satu kluster baru di Taman Rakyat, Kuala Terengganu wujud setelah seorang individu Sabah dari berdegil ingin menghadiri majlis perkahwinan adiknya sehingga sanggup merentas negeri tanpa kebenaran.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus kepada rakan media di BERNAMA, sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah dikesan akibat kluster tersebut; iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 orang jemputan yang menghadiri ke masjli kenduri.
Semuanya gara-gara individu yang dimaksudkan ingin ‘mengirim’ duit kenduri kepada adiknya. Semasa bertemu dengan rakan baiknya di sana, rakannya yang terjangkit telah mengadakan pula sebuah majlis akikah di kampung.
Akibatnya, seramai 5 orang ahli keluarga dan 7 tetamu akikah dijangkiti.
Inilah salah satu pengajaran yang sepatutnya kita ambil sebelum sesuka hati merentas negeri tanpa sebab munasabah.
Apabila wujud majlis berkumpul seperti ini namun SOP tidak dipatuhi, ia akan mengakibatkan masalah yang jauh lebih besar daripada yang kita sangkakan.
Sebaiknya, tangguhkanlah terlebih dahulu apa-apa majlis keraian yang tidak terdesak dilakukan pada waktu ini. Bukan korang je nak berjumpa dengan sanak saudara tau.
Bertimbang rasalah dan sematkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat dalam hati.