Rentetan Isu Remaja Bunuh Diri, Syed Saddiq Ajak Belia Jumpa Bincang Isu Ini

Share

Berita tentang remaja bunuh diri semalam memberi pelbagai reaksi daripada masyarakat dan Menteri Belia dan Sukan juga tidak terkecuali turut melahirkan kebimbangan berikutan dengan isu tersebut.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi kenyataan di laman twitternya mengatakan bahawa isu ini tidak boleh dipandang ringan dan harus dijadikan sebagai perbincangan nasional.

“I am genuinely worried about the state of our Youth’s mental health. It’s a national issue which must be taken seriously. A national discussion must take place. I’m free at 5.30pm on Friday. Let’s dialogue at IIUM Econs Cafe. Buka puasa sekali.”

Remaja berusia 16 tahun ini terbabit dengan kes bunuh diri apabila dia membuka ruangan undian di laman instagramnya dengan catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L’ pada kotak undi. D membawa maksud die (mati), manakala L bermaksud live (hidup).

Mangsa juga dikhabarkan turut memuat naik status ‘WANNA QUIT F***KING LIFE I’M TIRED’ di dalam Facebook.

Memandang situasi ini sebagai satu perkara yang serius, Syed Saddiq mahu mengadakan perjumpaan dengan belia Malaysia pada Jumaat ini, sekali gus untuk berbuka puasa bersamanya sekali bagi membincangkan masalah ini.

Wah, ini satu inisiatif yang patut dipuji kerana YB sanggup turun padang untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh para remaja.

Semoga perjumpaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah yang ditanggung oleh golongan belia.

Okay apa lagi, Jumaat ni kalau free bolehlah kita berdiskusi bersama YB. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman