Nak beraya dengan kuih raya buatan air tangan sendiri? Tapi terlalu sibuk dan penat? Haaaa.. jangan risau sebab kali ini Remaja akan kongsikan resipi badam coklat ala ferrero rocher yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Dengan 4 Bahan Sahaja, Anda Boleh Buat Kuih Batang Buruk Yang Sedap & Mudah
Mudah dan sedap, pasti anda akan non-stop
makan di malam raya sambil layan telefilem khas raya bersama yang tersayang.Bahan-bahan:
400g badam
6 pek coklat Cadbury dairy milk
Cara membuatnya:
2. Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Pastikan selang lima minit buka pintu oven dan kacau supaya ranggup sebati.
3. Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.
4. Wapkan di bawah periuk letak air yang sedang mendidih kemudian kacau coklat tersebut sampai cair.
5. Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
6. Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond rangupnya tak boleh bawa bincang. Kalau panas-panas masukkan almond hilanglah kerangupan almond tu. Kacau sebati semua.
7. Kemudian ambil sudu letak comel-comel atas dulang. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.
8. Setelah ianya keras, bolehlah susun dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair tau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Ameera