
Biskut mazola merupakan kuih raya legend yang digemari ramai. Jom cuba buat biskut mozola ini menggunakan resepi perkongsian oleh Nayla Gee. Hanya menggunakan 4 bahan mudah sahaja.
Bahan-bahan
1. 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa menggunakan minyak dan kemudian blender kering)
.
2. 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)
.
3. 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
.
4. 1 cawan minyak Mazola
—
.
Cara Membuat
.
1. Campurkan kacang kisar, gula icing & tepung gandum. Kemudian gaul kesemuanya dengan sebati.
2. Tuang minyak Mazola sedikit demi sedikit, kemudian uli & gaul.
3. Jika dah dapat tekstur tepung yang sempurna, bolehlah mula dikepal-kepalkan atau dibulat-bulatkan.
4. Letakkan lebihan kacang sebagai hiasan dan sapukan telur kuning di atasnya.
5. Masak dalam oven menggunakan suhu 150°c selama 20 minit.
6. Setelah siap dibakar, tunggu sehingga biskut menjadi sejuk dan baru masukkan ke dalam bekas.
Nampak sedap je biskut ni kan, terliur tengok…hehehe. Selamat Mencuba!
Sumber: Nayla Gee & Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Lagi Kedai “Berhantu” RM2.00 Dibuka, NOKO Khusus Untuk Penduduk Ampang

Sebut kedai RM2, pasti kita akan menyebut ECO. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia kerana setiap satunya hanya berharga RM2.00 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.
Masakan tidak, jika dari rumah, niat hanya untuk membeli satu atau dua barang saja tetapi sebaik melangkah masuk, paling tidak satu bakul akan penuh sekaligus ramai yang kata “sakanya” cukup sukar dihalang, hahaha.
Yang pasti, saingan dalam perniagaan itu wujud di mana selain Eco, satu lagi kedai dibuka iaitu Noko. Terletak di Ampang, Noko menawarkan kesemua barangan pada pada harga RM2.
Berkonsep biru dan putih sebagai pilihan warna kedai, ternyata pelbagai jenis barangan terdiri dari barangan dapur, keperluan peribadi dan lain-lain lagi yang menjadi keperluan semua orang.
Perkongsian dari seorang wanita di fbnya, Puan Anna Oshin yang memaklumkan Noko menawarkan pelbagai jenis barangan mampu membuatkan ramai rambang mata. Malah perkongsiannya itu turut mendapat perkongsian 1.2 K sekaligus membuktikan memang rakyat teruja dengan harga yang agak murah.
So bagi yang free tu, hujung-hujung minggu nanti bolehlah waze Noko ya.
Kredit: Puan Anna Oshin
RUU Kontroversi Akhirnya Diluluskan, Mulai Jun Wajib Bayar Levi Pelepasan Setiap Kali Travel

Adakah ini berita baik untuk kaki travel? Atau korang tak kisah keluarkan antara RM20-RM40 setiap kali ingin travel ke luar negara?
Mungkin ramai yang anggap jumlah itu tidak seberapa tapi ia adalah tambahan dari RM73 yang wajib dibayar kalau mahu terbang ke luar negara. Dicampur-campur, jumlahnya hampir RM100 dan lebih RM100 ya! Amacam, ok ker?
Untuk makluman kaki travel, semalam Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan 2019. RUU Levi Pelepasan 2019 itu diluluskan sehari selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua
Berdasarkan RUU kontroversi itu, RM20 akan dikenakan ke atas mana-mana orang yang terbang ke negara Asean dan RM40 untuk negara lain.
Ketika membentangkan Bajet 2019, Putrajaya bercadang mengenakan levi pelepasan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara mulai 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
Levi itu tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan lapangan terbang.

Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah dalam ucapan penggulungan berkata levi hanya terpakai ke atas mereka yang menaiki penerbangan ke luar negara.
Untuk info korang, sebelum ini kita perlu membayar caj perkhidmatan penumpang (PSC). Sebagai rekod, PSC dikenakan kepada semua destinasi domestik ataupun luar negara. Kadar PSC adalah RM11 (domestik), RM35 (Asean) dan RM73 (antarabangsa selain Asean).
PSC ini perlu dibayar oleh penumpang kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai bayaran menggunakan kemudahan di lapangan terbang.
RUU itu kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, yang dipengerusikan Timbalan Speaker Rashid Hasnon.
RUU itu mencadangkan mana-mana orang yang tidak membayar levi apabila meninggalkan Malaysia sudah melakukan kesalahan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000, atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya.
Ia juga menyatakan mana-mana yang mengasari, menghalang, mengancam atau mencabul anggota-anggota kastam yang menjalankan tugas-tugasnya bawah akta itu, atau membantu mana-mana anggota-anggota kastam, boleh dikenakan penjara maksimum 3 tahun, atau denda sehingga RM500,000, atau kedua-duanya.

Pengendali yang membawa penumpang bertanggungjawab untuk berdaftarkan bawah akta itu tidak kurang daripada tempoh 30 hari sebelum memulakan operasi.
Pengendali asing pula perlu melantik ejen yang akan bertindak bagi pihaknya.
Pengendali yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda maksimum RM100,000, atau penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya.
So amacam kaki trave, onz ke tak nie nak travel selalu?
Sumber : Free Malaysia Today (FMT)
Throwback : Pelajar Kelahiran Malaysia Didakwa Selepas Berjoli ‘Wang Misteri’ Dalam Akaun

Pernah atau tidak korang tersalah mengalihkan wang (transfer) kepada seseorang yang tidak dikenali? Nampak seperti remeh namun kes tersalah transfer wang ini memang selalu berlaku tanda kita sedari
Biarpun ini merupakan kes lama yang berlaku pada tahun 2017, kita masih perlu mengambil pengajaran daripadanya.
Seorang remaja kelahiran Malaysia menerima padah apabila membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah dengan menggunakan ‘wang misteri’ yang tiba -tiba muncul dalam akaun banknya.

Pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di Australia itu dikenali sebagai Christine Jiaxin Lee dan dia telah ditahan ketika berada di lapangan terbang Kingsford Smith di Sydney ketika ingin pulang ke Malaysia.
Difahamkan Christine ingin meninggalkan Australia setelah mendapat tahu pihak polis sedang mencarinya. Dia memohon pasport kecemasan Malaysia untuk pulang ke tanah air. Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya berkata, Christine Lee hendak pulang ke Australia untuk melawat ibu bapanya dan BUKANNYA untuk melarikan diri.
So, apa sebenarnya yang berlaku ini?
Christine Jiaxin Lee, 21 telah membuka akaun banknya pada tahun 2012 dan wang berjumlah A$4.6 juta (RM13.85 juta) telah dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun bank Westpac. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja dia diberikan kemudahan overdraf tanpa had oleh pihak Westpac.
Melihatkan wang yang banyak tiba-tiba muncul dalam akaunnya, Christine bertindak membelanjakan wang sebanyak A$3.3 juta (RM9.9 juta) untuk membeli beg tangan serta beberapa barangan mewah lain.

Menurut laporan daripada Barclay Churchill, Christine telah dihadapkan ke mahkamah tempatan Waverley dan berdepan tuduhan mengambil kesempatan menggunakan wang bukan miliknya walaupun dia tahu ia adalah satu kesalahan jenayah.
Menurut dokumen mahkamah, Christine melakukan kesalahan terbabit di antara Julai 2014 hingga Mac 2015 serta gagal memaklumkan kepada pihak bank bahawa dia tidak berhak memiliki wang tersebut.
Bagaimanapun, Christine dibenarkan diikat jamin sebanyak A$1,000 (RM3,000).

Majistret Lisa Stapleton berkata, perbuatan Christine itu tidak sampai ke tahap jenayah. “Dia tidak mengambilnya daripada bank, mereka yang memberikan kepadanya. Christine hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakan tetapi tidak melanggar undang-undang.”
Berikutan kejadian ini, Christine kini tidak lagi dibenarkan memasuki mana-mana lapangan terbang atau pelabuhan di Australia.
Kesimpulannya, jika korang menerima wang yang banyak dalam akaun, janganlah terus membelanjakannya tanpa memeriksa dahulu daripada mana datangnya wang tersebut. Kisah remaja perempuan ini harus sama-sama kita jadikan teladan.