Bubur ayam fast food yang satu ni memang jadi kegemaran ramai.
Tapikan takkan lah kita sanggup membeli dan makan produk dan perkhidmatan yang menguntung perniagaan Israel ditengah saudara-saudara kita di Palestin dibunuh terang-terangan.
RESEPI BUBUR AYAM
Apa kata belajar buat sendiri. Ada banyak perkongsian buat sendiri bubur ayam ala McD ini, antaranya Azwa Muhamad.
Boleh cuba buat untuk sarapan, caranya pun senang sangat!Bahan-bahan
Beras -1 cawan (cuci dan toskan)
Air – 5 cawan
Isi ayam – dicincang
Halia – 2-3 hiris
Bawang merah -dihiris
Bawang putih -dihiris
Kiub ayam -1
Minyak masak -3 sudu
Garam / perasa
Cara membuat
1. Masukkan beras dan air dalam periuk, tanak atas dapur. Kacau sampai lembik, kalau kurang air tambah sampailah jadi bubur.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai betul-betul garing.
3. Kemudian tuang bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi bubur. Masukkan sekali isi ayam dan kiub pati ayam.
4. Kacau sampai masak serta masukkan perasa. Tutup api. Letak bubur dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang, dau sup dan bawang goreng.
Jika nak pedas letak lada sudah dan cili merah yang dicincang. Siap!
Ayuh kita menyeru ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan untuk bersama-sama dengan kempen memboikot perniagaan ‘mereka’ sebagai tanda protes kita terhadap kekejaman mereka kepada saudara segama.
Sumber: Azwa Muhamad
BACA LAGI : Ayam Peri-Peri Ala Nando’s Buat Sendiri, Ikut Resepi Ini Baru Puas Hati!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.