Sekarang ini banyak betul produk-produk berasaskan coklat mendapat tempat di hati peminat coklat, tidak kiralah tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya meminati rasa yang sama.
Bagi hantu coklat pastinya tidak mahu lepaskan menikmati produk coklat yang lazat dan menyelerakan bukan, ini antara choco jar yang semakin mendapat tempat di hati kaki hantu coklat.
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Ads
Berbaloi kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak
Ads
Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil
2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk
Ads
3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.
Memang tak rugi cuba choco jar yang padat dan padu macam ini, kalau tak percaya kenalah cuba dulu!
Selamat mencuba
Sumber: Norhamiza
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Ridley Scott kembali dengan naskah ulung Gladiator selepas 24 tahun. Gladiator II menunjukkan sisi era pemerintahan maharaja Rom yang memasuki fasa baru selepas berada dibawah kepimpinan Marcus Aurelius.
Menerusi sekuel ini, Scott mengambil fokus pada perjalanan kehidupan Lucius Verus, anak kepada Lucilla yang dihantar jauh di Numidia selama belasan tahun dan kembali ke kota Rom sebagai petarung ‘gladiator’ bernama Hanno. Jom ikuti sinopsis berikut sebelum anda mula menonton…
Filem ini mengisahkan sekitar 16 tahun selepas Maximus Decimus Meridius berjaya menewaskan Commodus di stadium Colosseum pada peristiwa Gladiator (2000). Sebelumnya, Maximus sempat memberi arahan untuk reformasi politik dengan mengangkat kembali Gracchus sebagai senator.
Namun, reformasi dalam pemerintahan Roma itu tidak berjalan lancar dan bangsa Rom yang makmur itu kembali jatuh ke tangan pemimpin kejam yang merebut kuasa iaitu maharaja Geta dan adiknya, maharaja Caracalla.
Geta dan Caracalla memimpin Rom dalam keadaan yang sangat kacau-bilau, hanya mementingkan kesenangan dan menguasai seluruh dunia melalui perang dan penjajahan.
Semua kejayaan itu mampu tercapai oleh Rom kerana kota itu memiliki pasukan tentera hebat dipimpin oleh komando jeneral Marcus Acacius, dulunya merupakan salah seorang orang kanan Maximus yang setia.
Gladiator II semakin memuncak apabila kota Numidia iaitu kota yang menjadi tempat tinggal Lucius yang terpaksa melarikan diri dari Rom semasa kecil diserang dan ditawan oleh Rom.
Semasa peperangan tersebut, ia telah menyebabkan kematian isteri Hanno bernama Arishat dan membuat Hanno berduka dan menyimpan dendam amarah.
Hanno kemudian dibawa ke Rom bersama pejuang Numidia yang lain untuk dijadikan hamba sehingga dia terlibat dalam pertarungan di arena kecil, dan gaya bertarungnya menarik perhatian Macrinus.
Macrinus kemudian membeli Hanno kerana ingin menjadikannya petarung atau gladiator baru. Di sebalik itu, Macrinus juga mempunyai niat yang lebih besar dan menjadikan Hanno sebagai alat untuk mencapai tujuannya menakluki Rom.
Hanno menerima tawaran untuk menjadi gladiator dengan satu syarat, dimana dia mahu bertarung dengan Acacius di Colosseum untuk membalas dendam atas kematian isterinya. Namun, di sebalik dendamnya, Hanno tetaplah Lucius Verus, seorang pewaris takhta yang masih menyimpan impian mulia untuk mengembalikan Rom kepada rakyatnya.
Gladiator II kembali diarahkan oleh Ridley Scott, pengarah lagenda yang juga mengarahkan filem pertama daripada sekuel ini. Skrip filem ditulis oleh David Scarpa berdasarkan watak yang dicipta oleh David Franzoni.
Paul Mescal dipilih sebagai teraju utama Gladiator II dan beberapa bintang berkelas ‘A’ turut memeriahkan sekuel ini, seperti Pedro Pascal, Denzel Washington, Joseph Quinn, dan Fred Hechinger.
Selain itu, beberapa nama lama turut kembali membintangi Gladiator II, antaranya Connie Nielsen sebagai Lucilla dan Derek Jacobi sebagai Gracchus. Gladiator II telah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 14 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini apabila pelakon cantik popular, Nora Danish mengajak para peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama menghafal salah satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Mulk.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat, tindakan Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) yang mengajak peminat untuk menghafal surah yang boleh menjadi pelindung dari azab kubur bagi umat Islam itu mendapat pujian.
Mengakui masih dalam proses pembelajaran, Nora berkata setakat ini dia baru sahaja menghafal ayat satu sehingga ayat lima.
Kredit: Nora Danish
“Saya sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video saya ini akan membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya”
Ujarnya menerusi video yang sama, “Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama? Jom dengar saya baca, korang tolong semakkan.”
Kredit: Nora Danish
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pelakon yang terkenal melalui drama bersiri Puteri dan filem Aku Terima Nikahnya dalam menghafal surah berkenaan dan ada juga yang berkongsi tip cara menghafal dan mengingati surah Al-Mulk dengan cara lebih mudah.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Nora, beliau berharap agar perkongsian yang dibuat akan menjadi manfaat kepada orang yang menonton video tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan untuk menamatkan zaman bujang dalam kalangan para peserta Big Stage kebelakangan ini telah menggamit perhatian peminat. Pada usia remaja di bawah 25 tahun, mereka membuktikan tiada salahnya untuk melangsungkan pernikahan sekiranya diri telah bertemu dengan pasangan yang tepat dan paling bersesuaian dengan kita.
Terbaru, Naib Juara Big Stage musim pertama iaitu Syafiq Farhain telahpun mendedahkan bahawa dirinya kini telah bergelar suami orang.
Syafiq, 28 mengakui telahpun bernikah di kampung halaman mereka berdua di Terengganu dan lebih selesa untuk mengekalkan privasi hubungan tersebut. Bukanlah untuk mengelak daripada ia dihidu oleh rakan media mahupun peminat, kata Syafiq dia tidak sesekali akan menafikan status ‘suami orang’ itu jika ada yang bertanyakan kepadanya.
Selain Syafiq, rupa-rupanya terdapat tujuh lagi bekas peserta Big Stage lain yang telahpun menamatkan zaman bujang tau. Jom lihat siapakah mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...