Resepi Choco Jar Guna 3 Bahan. Hantu Coklat Wajib Try Memang Berbaloi!

Share

Siapa sini hantu coklat kita geng!

Sekarang ini banyak betul produk-produk berasaskan coklat mendapat tempat di hati peminat coklat, tidak kiralah tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya meminati rasa yang sama.

Bagi hantu coklat pastinya tidak mahu lepaskan menikmati produk coklat yang lazat dan menyelerakan bukan, ini antara choco jar yang semakin mendapat tempat di hati kaki hantu coklat.

Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.

Berbaloi kan?

Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak

Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil

2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk

3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Memang tak rugi cuba choco jar yang padat dan padu macam ini, kalau tak percaya kenalah cuba dulu!

Selamat mencuba

Sumber: Norhamiza

Published by
Ruziana Zainal