Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang dah jadi macam trend, semua benda nak kita kongsikan di media sosial.
Siapa tak ‘happy’ bila nak tunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Namun, kini timbul pula persoalan wajar ke kita berkongsi foto ultrasound bayi di dalam kandungan.
Ini hal yang korang perlu tahu dan jangan hanya mengikut telunjuk orang!
Perkara Yang ‘Tersembunyi’
Merujuk kepada laman web Mufti Wilayah Persekutuan melalui Al-Kafi Li Al-Fatawi : Soalan 417 bertarikh 27 Oktober 2016, foto sebegini tidak sepatutnya menjadi tontonan ramai kerana ia bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri.
Bagi yang tidak tahu, janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Dijelaskan dalam ulasan tersebut, sungguhpun ultrasound itu bukannya aurat, ianya tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran
Ini pula penjelasan Mufti Negeri Kedah.
Termasuk dalam anggota batin.
Kesimpulannya, tak salah kita nak scan baby dalam kandung tapi tak perlu la tayang kepada umum kerana ia rahsia alam ‘tersembunyi”
Untuk info, Makruh terbahagi kepada dua jenis,makruh tahrim dan makruh tanzih. Berdasarkan kenyataan ini, maksud makruh tidaklah berdosa tetapi penggunaanya dalam hal-hal yang lain dan juga tafsiran beberapa hadith menunjukkan pengertiannya lebih umum dan boleh juga membawa kepada dosa. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam menuntut ilmu agama. Amin.
Sumber : muftiwp.gov.my, jabatan mufti negeri kedah, youtube ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia.
Terbaru bekas presiden India, Pranab Mukherjee menjadi mangsa apabila beliau dilaporkan meninggal dunia selepas 21 hari disahkan positive virus COVID-19.
Menerusi laporan berita AP, beliau dikesan dijangkiti virus tersebut ketika dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan untuk membuang darah beku diotaknya.
Kematian tokoh politik India itu disahkan sendiri oleh anakya Abhijit menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
Mendiang yang berusia 84 tahun merupakan Presiden India dari tahun 2012 hingga 2017. Sebelum memegang jawatan sebagai Presiden beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahan, Kewangan dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Mukherjee pernah dianugerahkan dengan gelaran Bharat Ratna pingat penghormatan awam tertinggi India pada tahun 2019. Beliau meninggalkan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, manakala isterinya telah meninggal dunia pada tahun 2015.
***P/S : Untuk Remaja semua sentiasalah menjaga penjarakan sosial dan mengenakan topeng muka ketika berada di luar rumah. Prihatin dengan keadaan sekeliling.
Insya-Allah kita berjaya menhadapi pandemik COVID-19 dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang beberapa bulan lagi umat Islam bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan. Sejar pandemik COVID-19 melanda negara, terdapat kekangan pembukaan bazar Ramadan kerana bimbang penularan virus tersebut.
Foto: Kosmo
Namun, menurut laporan Astro Awani, bazar Ramadan di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibenarkan pada tahun ini dengan mengikut SOP yang akan ditetapkan.
Lesen pengoperasian Bazar Ramadan akan diberikan kepada individu yang ingin berniaga bagi menggerakkan aktiviti ekonomi di Wilayah Perseketuan.
Foto: Kosmo
Menurut Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Seri Shahidan berkata, bazar Ramadan akan dibuka seluas-luasnya until yang ingin berniaga. Sekarang adalah pasca COVID-19 dan kita perlu gerakkan aktiviti ekonomi.
Diharap dengan keputusan ini data members kelegaan kepada peniaga untuk mencari rezeki pada Ramadan nanti. Apa-apa pun, baik peniaga dan pembeli haruslah mengikut SOP yang ditetapkan.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, pelumba basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja...