Resepi Donut Red Velvet Viral. Tak Perlu Mesin Pengadun, Uli Guna Tangan Je!

Share

Antara menu hidangan minum petang orang Malaysia yang biasa dibeli di luar sudah tentunya donut. Makan panas-panas memang sedap.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Cinnamon Roll Viral, Ekspres Betul Guna Paratha Dan Air-Fryer Je

Namun, baru-baru ini tular donut red velvet yang menjadi trend di media sosial. Jadi, apa kata kita buat sendiri je donut viral ini katanya tak perlu guna mesin pengandun bagai hanya uli guna tangan je dah lembut hingga ke malam.

Pengguna Facebook Qien Aziz berkongsi resipi cara membuat donat ini menggunakan bahan yang disukat menggunakan cawan.

BAHAN

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar yis
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil mentega atau majerin
1 biji telur
1 cawan air suam
Emulco red velvet secukupnya
Gula halus

LANGKAH PENYEDIAAN
1-Satukan tepung gandum,serbuk penaik, mentega dan telur. Gaul sebati.

2-Di dalam bekas lain, masukkan yis dan susu pekat ke dalam satu cawan air suam cawan.

3-Kacau sehingga bahan larut dan biarkan ia kembang.

4-Kemudian masukkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung gandum.

5-Gaul sebati sehingga menjadi doh.

6-Bahagikan doh kepada beberapa adunan kecil dan dan bentukkan ia menjadi donut. Anda boleh juga menggunakan pencetak donat.

7-Kemudian panaskan minyak dan goreng ia sehingga masak. Toskan dan salutkan ia menggunakan gula halus, sedia untuk dihidang! Rangup di luar gebu di dalam.

Senang je kan? Kalau buat sendiri lagi rasa berbaloi dan puas makan!

BACA : Resepi Sardin Campur Telur Viral, Sepinggan Nasi Tak Cukup!

Sumber: Facebook Qien Aziz II

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana