Makan

Resepi Ikan Bakar Letak Susu Pekat Viral Di Kuala Perlis, Sekali Makan, Pasti Teringat-ingat!

Share

Bagi yang pernah menikmati sajian Ikan Bakar Kuala Perlis, pasti teringat-ingat akan keenakan sajian ini. Cukup rasa rempah lemak, masin dan manisnya. Ditambah pula dengan bau arang, lagi menambah nikmat dan membuka selera.

Rozmaliza Omar berkongsi resipi di laman Facebooknya. Jadi, tak perlulah setiap kali teringin nak makan je perlu jejakkan kaki ke sana! Buat sahaja sendiri, memang puas hati. Siapa yang pertama kali nak rasa tu, jom cuba!

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap/ apa-apa ikan yang suka
  • 3 sudu besar marjerin/ butter
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan santan pekat (saya guna kara)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam

Cara-caranya

1. Masak semua bahan di atas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.

2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya boleh tutup api. Ketepikan.

3. Ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

4. Bakar ikan dengan api sederhana. Setelah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil dibakar lagi. Bila sudah nampk bersalut elok boleh diangkat.

5 Hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik. Siap!

Lepas ni tiada alasan la nak makan ikan bakar ni je kena pergi Kuala Perlis!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

Published by
Nana