Makan

Loaded Nachos Cheese Kini Jadi Kesukaan Ramai, Lagi Sedap Kalau Tak Kedekut Bahan!

Share

Makanan barat, Loaded nachos cheese kini tiba-tiba jadi kesukaan ramai rakyat Malaysia.

Bila dah viral, mula la ada yang menjualnya dengan harga yang mahal walaupun bahan-bahannya mudah sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Mudah Portuegues Egg Tart, Guna Instant Puff Pastry Je

Makan ini bukan sahaja mudah dibuat, tetapi juga sangat sesuai untuk dinikmati dalam apa jua suasana – menonton TV, berkumpul dengan keluarga, atau sebagai makanan ringan parti.

Apa kata anda cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh TikToker makanan popular yang juga pemilik restoran, Hisham Raus.

 

Nancos

Bahan-bahan:

Kerepek Nachos

Bahan untuk inti:

– Dua bungkus daging lembu atau ayam kisar

– Tiga ulas bawang putih

– Sesudu besar serbuk lada hitam

– Garam

– Gula

Cara-cara membuat inti:

– Panaskan minyak masak dalam kuali

– Masukkan bawang putih yang dihiris halus, serbuk lada hitam, garam dan gula.

– Goreng sehingga masak

Bahan-bahan hiasan:

– Bawang besar dipotong dadu

– Lada benggala hijau, merah dan kuning dipotong dadu (optional)

– Tomato dipotong dadu

Bahan-bahan untuk sos putih:

Sos Nancos

– Satu sudu besar yogurt

– Satu sudu besar cream cheese

– Setengah cawan mayonis

– Tiga ulas bawang putih

– Satu sudu besar serbuk lada hitam halus

– Daun parsley

– Garam, gula dan sedikit air

* Campur dan kisarkan semua bahan

Bahan-bahan untuk sos hijau:

– Setengah cawan mayonis

– Empat tangkai cili hijau

– Air perahan setengah biji lemon

– Daun ketumbar

– Sedikit air

* Campur dan kisarkan semua bahan

Masukkan daging, bahan hiasan dan sos ke dalam bungkusan kerepek Nachos. Mudah bukan? Selamat mencuba!

BACA: Datuk Ramli M.S. Anggap Sesetengah Peserta Gegar Vaganza “Nafsu Besar, Kudrat Tiada”, Salah Pilih Lagu Hit – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana