Dah bosan dengan menu nasi berlauk, mungkin ada di antara kita yang teringin nak makan makanan barat.
Jadi kali ini Remaja nak kongsikan dengan korang resipi roti Carbonara yang menggunakan roti dan kuah carbonara yang selalu korang makan dengan pasta tu. Yang pasti kosnya jauh lebih murah dan rasanya setanding makanan barat yang dipesan di restoran. Hiks!
Bahan-bahan:
1 biji bawang holland (1 holland onion)
200g isi ayam cincang (200g ground chicken)
2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)
1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)
roti sandwich (sandwich bread)
CARA – CARA PENYEDIAAN INTI KARBONARA
1. Tumiskan satu biji bawang holland.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.
3. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.
4. Masukkan setengah cawan susu segar.
5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.
PENYEDIAAN ROTI GORENG
1. Lenyekkan roti.
2. Letakkan inti carbonara tadi.
3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.
4. Tekap roti menggunakan cawan.
5. Anda akan dapat roti berbentuk seperti ini.
6. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.
Nak senang lihat video penyediaan ini :
Tadaaaa… siap dan sedia untuk dinikmati kerangupannya.
Ataupun kalau kuah carbonara korang tak habis makan dengan pasta, jangan dibuang…simpan je, esok boleh buat roti untuk sarapan pula kan. Ha jimatkan!
Sumber: Khairul Aming