Resepi Roti Yang Sedap Dan Senang, Hanya 5 Bahan, Tanpa Telur, Tak Perlu Guna Mixer Dan Breadmaker!

Share

Semua kedai tiada stok roti, yang yang paling ketara adalah roti Gardenia, banyak stok-stok roti telah habis di pasaran.

Hari ini Remaja nak kongsikan resepi daripada seorang penguna facebook Khalida Mahsari Ummi Khadeejah untuk membuat roti yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas untuk kamu semua lakukan di rumah!

Jadi, apa kata kita buat sendiri roti tawar atau roti loaf ini di rumah. Walaupun tanpa guna telur, mixer atau breadmaker, masih boleh gebu macam di kedai tau!

EGGLESS BREAD UNTUK SEISI KELUARGA

Hanya 5 Bahan, Tanpa Guna mixer atau Breadmaker. Apa yang lain adalah:

– Madu asli menggantikan Gula , kerana untuk yis hidup dan bereaksi memerlukan gula. Jadi ummi tukar kepada madu.

– Diingatkan susu mesti suam untuk dicampurkan bersama yis. Air tak boleh panas, yis akan mati.

– Ingin hasilkan doh yang elastik perlu uli 15minit..perap 45 minit. Bentukkan roti, perap lagi 30-45minit dan bakar!

BAHAN BAHAN

– 3cup Tepung Gandum (unbleached)

– 1 cup susu fullcream/freshmilk suam kuku

– Yis 11gram (1paket)

– Unsalted butter 1 sudu besar

– Madu asli 3 sudu besar

CARA-CARA
1. Susu, madu dan yis digaulkan bersama. Kacau sampai berbuih.


2. Kemudian masukkan tepung dan tuang bancuhan tadi.


3. Masukkan butter. Uli sehingga menjadi doh.


4.Biarkan selama 45 minit kemudian baru masukkan dalam acuan pembakar roti.


5.Sebelum bakar, sapukan minyak zaitun dahulu kemudian bakar menggunakan suhu 20o’C selama 35 minit.

6.Siap!

Selamat mencuba!

So tak payah gaduh-gaduh roti tak ada, buat je sendiri dekat rumah. Jom habiskan sisa harian di petang hari dengan membuat menu resepi roti sendiri di rumah, yang sudah tentunya lebih sedap, lazat dan menyihatkan!

Sumber: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah

Published by
Nana