Resepi Sambal Ikan Bilis Negeri Sembilan, ‘Wajib Ada’ Kalau Nak Travel

Share

Kalau dah nama tekak Melayu makanan pedas macam sambal orang Negeri Sembilan ini memang WAJIB ada!

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Chee Cheong Fun Udang, Mudah Dibuat Untuk Minum Petang

Foto Via Pexels

Sewaktu travel, makanan halal adalah perkara paling utama yang selalu kita fikirkan, terutamanya kalau ke luar negara. Jadi, sebelum memulakan perjalanan biasanya kita dah bersiap sedia membawa bekalan makanan bersama sepanjang berada di tempat orang. Bukan saja untuk jaminan status halal, malah ia juga sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang.

Dah banyak pengusaha yang menghasilkan sambal ikan bilis kering yang mudah untuk dibawa. Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati, tambahan ia boleh disimpan sehingga 3 bulan lamanya.

Oleh yang demikian, kami nak kongsikan resipi sambal kering yang boleh dibuat sendiri di rumah. Rupanya tak susah nak buat hidangan ini ya. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi oleh Facebook Dato Sri Kucing via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Foto Via Facebook Dato Sri Kucing via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Assalamualaikum dan selamat malam.

Potang tadi ado yang jual ikan bilis 1kg RM20. Dio koba ikan bilis ranggup sey (saya) bolie 2kg sobab nak bantu peniago. Sey tau gred eh liat sedikit.

Balik sey buek lah stok Sambal Ikan bilis Melahar, sey sonang nak masak nasi goreng nanti. Nak makan MO (sama) ruti bulih, bubur nasi bulih, apo-apo yo lah kan. Tahan 3 bulan suhu luar.

Sey kongsi resepi MO sahabat sey.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS MELAHAR

BAHAN A:

  • Cili api merah 300gm.
  • Bawang putih 6 ulas.
  • Bawang besar 4 biji.
  • Ikan bilis 500 gm.

BAHAN B:

  • Minyak 300ml

BAHAN C:

  • Stok ayam 1 sudu.
  • Garam kalau nak lotak boleh yo.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1. Kisar tanpo air (kisar kasar).

2. Masuk bahan A dan B dalam minyak masak yang panas.

3. Dah garing sikit baru masuk bahan C.

4. Masak ni kono (kena) kacau, kalau nak ikan bilis masak ranggup dan sodap.

Penyediaan maso 1jam 20 minit. Ini kalau nak bawa poie umrah ko, jejalan ko tahan 3 bulan dokek (dekat) luar. Selamat mencubo.

Nampak macam senang je kan. Bolehlah cuba nanti. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Dato Sri Kucing via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana