Kalau korang perasan, ramai yang menjual Soft Cookies di media sosial sekarang. Melihatkan sahaja pada gambar dan video yang dimuat naik oleh peniaga, tipulah kalau cakap kita tak terliur kan?
Apa kata cuba buat sendiri di rumah dengan resipi yang kami akan kongsikan ini.
Rupanya tidaklah susah mana untuk sediakan cookies lembut ini. Ia sama seperti cookies yang lain cuma kau wajib ada acuan bentuk oval. Jangan risau, Miss Murai percaya ia tersedia di kedai-kedai menjual bahan dan alatan bakeri. Nah, ada seorang pemilik bakeri berkongsi resepi mudah untuk menyediakan oval soft cookies. Terima kasih @fiqafoodie
yang tak kedekut ilmu untuk resepi ini;
Selamat mencuba!
Brown butter (115gram butter yang dimasak hingga keperangan)
Gula perang 150gram
Gula kastard 50 gram
1 biji telur
Sedikit esen vanila
175 gram tepung gandum
1 setengah sudu baking soda
Kepingan coklat / cip coklat
Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Masukkan dalam bekas acuan berbentuk oval. Sebaiknya berat adunan 100 gram didalam acuan. Tekap dan tekan adunan sampai sekata. Kamu boleh tambah lagi cip coklat dibahagian atas adunan tadi. Pastikan korang sejukkan (chiller) dahulu adunan ini sebelum bakar.
Pre heat oven 170 – 180 darjah celcius dan bakar dengan suhu yang sama untuk 12-15 minit.
Kamu boleh hidangkan oval soft cookies ini dengan susu segar sejuk.
Selamat mencuba!
BACA LAGI : 7 Pesona Si Comel Kim Sejeong! Heroin KDrama ‘A Business Proposal’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.