tomyam putih
tomyam putih

Tomyam putih merupakan variasi tomyam yang terkenal dengan rasa yang lebih ringan dan sup yang jernih berbanding tomyam merah.

Selalu hanya beli di kedai ‘Siam’, tapi lepas tahu cara membuat tom yam putih asli ini, mungkin tak perlu lagi makan di kedai. Boleh buat sendiri resipi tomyam putih tak menggunakan pes dan rasanya lebih sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Eqienura Mokhtar.

Cara buat tomyam putih asli tanpa pes

Resepi Tomyam Putih Asli Tanpa Guna Pes. Buat Sendiri Lagi Sedap, Bau Pun Harum

Bahan tumbuk:
Cili padi – 5-10 biji (ikut citarasa)
Bawang putih – 2 ulas
Tomato ceri – 4 biji (tomato besar lebih baik)

Bahan titik/ ketuk:
Serai – 2-3 batang
Lengkuas – 1 inci
Halia – 1cm
Cili padi – 5 biji
Bawang putih – 3 ulas

Bahan lain:
Udang
Sotong
Bawang holand – potong baji 1/2 biji
Oyster mushroom
Bunga kobis
Dun limau purut
Dun ketumbar (jika suka)
Air perahan limau nipis – biji
Sos ikan
Garam
Gula (jika suka)

Cara membuat:

1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.

Ads

2. Bila sudah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. Guna api perlahan saja. Boleh juga masukkan lebih awal bersama bahan tumbuk. Masukkan sekali bawang holand dipotong baji.

Resepi Tomyam Putih Asli Tanpa Guna Pes. Buat Sendiri Lagi Sedap, Bau Pun Harum

3. Biar seketika kemudian baru masukkan sayur. Jangan tinggal tomato dalam tomyam sebab ia menambah rasa masam. Elok guna tomato besar. Masak semua sampai mendidih.

4. Bila sudah mendidih, masukkan daun limau purut. Jangan masuk daun ini awal, nanti kuahnya rasa pahit dan aromanya hilang. Letak akhir sekali pun tak mengapa.

Resepi Tomyam Putih Asli Tanpa Guna Pes. Buat Sendiri Lagi Sedap, Bau Pun Harum

5. Seterusnya masuk bahan perasa. Sos ikan wajib ada. Tomyam setengah periuk boleh guna satu senduk sos ikan. Kemudian sesuaikan rasa dengan garam. Guna dua bahan ini saja untuk perasa.

Ads

Resepi Tomyam Putih Asli Tanpa Guna Pes. Buat Sendiri Lagi Sedap, Bau Pun Harum

6. Kemudian masukkan seafood, guna udang dengan sotong saja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.

7. Sotong masukkan akhir sekali tapi selur dulu dengan air panas sekejap. Seafood  masukkan akhir sekali supaya tak overcooked dan liat. Kalau buat tomyam ayam pun sama masukkan akhir sekali.

8. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup atau tak. Kalau kurang masin tambah lagi. Kemudian tutup api.

9. Akhir sekali tuang jus air limau yang dah siap perah. Dah siap!

10. Sebelum hidang boleh letak daun ketumbar. Tapi jangan banyak sebab daun ketumbar ini akan beri rasa pahit dalam tomyam.

Ads

Aroma tomyam ini macam di kedai Siam, rasanya memang tak menghampakan.

Tip ekstra

-Cara membuat tomyam poktek tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.

-Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang Siam tambah gula pes Siam sikit untuk manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak, daun ketumbar jawa.

-Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ tak perlu buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsianya, jadi rasa tomyam manis saja.

Selamat mencuba

Sumber: Eqienura Mokh

BACA LAGI  : Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI