Siapa sahaja yang tak suka makan aiskrim kan? Lebih-lebih lagi aiskrim perisa ‘mewah’ seperti indulgence cream cheese.
Kalau beli di luar harganya sudah tentu boleh tahan mahal. Jadi, lebih berbaloi sekiranya korang buat sendiri di rumah.
Sedikit berbeza dengan perisa aiskrim biasa, apa kata korang cuba resipi ais krim cheese indulgence
yang pastinya membuka selera ini.– 1 cawan susu pekat manis
– 1 cawan whipping cream
– 2 cawan non-dairy whipping cream
– 1 sudu makan ovelete
– 250gm cheese tartura
1. Masukkan susu pekat, whipping cream, cheese tartura dan ovelet ke dalam bekas
2. Mixer sampai cheese tak berketul dan nampak licin
3. Kemudian. Masukkan non-dairy whipping cream, mix lagi cream sampai cream naik dua kali ganda
4. Bahagikan adunan kepada 2 bekas, 1 bekas mix dengan coklat ganache
BACA: Resipi Homemade Aiskrim Milo, Modal Tak Sampai RM5
– 1 cawan dark chocolate
– 1 cawan whipping cream
1. Masukkan selang-seli cream cheese, cream cheese chocolate dan ganache ke dalam bekas
2. Hias mengikut kreativiti korang
Selamat mencuba!
Sumber: Kuali Mama via Izan Shafi