
Isi Kandungan
ToggleSelalunya bila waktu berbuka, apa yang korang akan ‘serang’ dulu? Kalau bukan kurma, confirm la terus teguk air kan?
Lagi-lagi bila seharian penat bekerja dan ditambah pula dengan cuaca panas terik, memang air sejuk la jadi pilihan.
Jom kami kongsi kan antara resipi air lemon pudina yang sedap lagi menyegarkan. Bukan saja boleh menghilangkan haus, minuman ini juga paling efektif untuk detoks tubuh badan.
Tak susah pun nak buat. Sesuailah untuk orang bujang macam korang kan? Ehh!
Bahan-bahan (sukatan untuk satu balang air):
– Daun pudina
– Lemon 4 biji
– Sunquick 100g
– Serbuk asam knor 100g
– Air gula 1 liter
Cara membuat:
1. Kisar tiga biji lemon bersama 2 liter air. Ambil air saja, hampasnya dimasukkan ke dalam bekas air. Kemudian, masukkan 1 liter gula.
2. Masukkan sekali 1 liter air panas bersama Sunquick dan serbuk asam. Kacau air hingga sebati.
3. Selepas itu, masukkan ais, air lemon yang diperah tadi, 1 biji hirisan lemon dan daun pudina. Kacau semua bahan tersebut dan siap!
Tapi diingatkan, resipi ini untuk sukatan sebalang air ya sebab ia dikongsi oleh seorang peniaga air di bazar Ramadan, Nur Hanisah Kamaluddin. Kalau korang nak buat minum sendiri, agak-agak je sukatan tu okay?
Selamat berbuka gaiss!
Bintang Bertaraf Antarabangsa! Sarimah Ibrahim Rasmi Bekerjasama Dengan Agensi Terkenal Fiona Cross

Pelakon dan pengacara televisyen popular, Sarimah Ibrahim tampil berkongsi berita gembira apabila berjaya ‘dilamar’ untuk bekerjasama dengan agensi terkenal di London, Fiona Cross UK.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu menerusi satu ciapan di platform X miliknya, sempena ulang tahun kelahirannya pada malam tadi.
“Saya kini diwakili di peringkat antarabangsa oleh agensi Fiona Cross UK Management yang berpangkalan di London,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Barber’ Potong Rambut Pelanggan Guna Api Raih Perhatian Warganet
Pada masa sama, Sarimah yang baru-baru ini tampil dalam siri televisyen Jack Yusof berkata dia tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar agensi tersebut.
Selain itu, pengasas dan pengarah Fiona Cross Management berkata, pihak mereka sangat berbesar hati dengan kehadiran bakat besar seperti Sarimah Ibrahim dalam melonjakkan nama bintang itu ke persada yang lebih tinggi.
“Kami berbesar hati mengalu-alukan Sarimah ke dalam pasukan kami. Bakat, dedikasi dan daya tarikan yang luar biasa sekali gus memberi inspirasi kepada agensi kami.
“Kami komited untuk menyokong visi artistik Sarimah dan melonjakkan kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Sekadar informasi, Fiona Cross Management yang diitubuhkan pada tahun 2017 itu ialah sebuah agensi bakat yang berpangkalan di London, mengkhusus dalam komersial, teater, teater muzikal, filem dan televisyen.
SUMBER: Platform X Sarimah IbrahimUpdate terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Tak Perlu Banding Saya & ‘Queen’ Pavithra” – Neeta Manisha Rasa Bahasa Melayu Wajib Dikuasai Semua

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi Neeta Manisha dibandingkan dengan personaliti YouTube yang kian popular, Pavithra (daripada akaun masakan Sugu Pavithra).
Semuanya gara-gara bila vokalis band iamNeeta itu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di televisyen. Lalu, komen perbandingan di antara Neeta dan Pavithra bertalu-talu dilontarkan oleh netizen tanpa menyiasat terlebih dahulu. Baik peminat mahupun pengecam menjadikan topik skil berbahasa Melayu Neeta dan Pavithra sebagai bahan.
Orang kata, dah semua kerumun nak berikan komen – mereka pun jump on the band wagon lah.
Sedikit rasa marah dan kecewa diluahkan oleh Neeta kepada REMAJA setelah dia memuat naik tweet di bawah.

Apabila netizen Malaysia terlalu mudah membanding-bandingkan dua orang personaliti bukan Melayu yang berlainan bidang hanya disebabkan masing-masing fasih berbahasa Melayu, bagi Neeta itu tidak perlu dan tidak adil bagi dirinya mahupun bagi Pavithra.
“Neeta sendiri merupakan peminat akaun YouTube Sugu Pavithra dan telah mengikuti video mereka sebelum mereka viral lagi. Neeta sendiri terjumpa akaun Sugu Pavithra semasa video resepi ‘Kari Ikan’.”
ARTIKEL BERKAITAN: Stail Rambut Messy Pavithra Jadi Tumpuan, Nak Try-lah!

“Jadi mengapa orang ramai perlu membanding-bandingkan antara Pavithra dan saya? Jumlah public figure bukan Melayu di Malaysia pun kita tahu tak ramai. Bagi Neeta, untuk menggalakkan lagi remaja dan masyarakat Malaysia menguasai Bahasa Melayu, kita harus buang budaya banding-membanding sesama kita.
“At the end of the day, masing-masing ada haluan sendiri dan berhasrat untuk membanggakan negara dengan cara sendiri,” katanya yang baru saja muncul di rancangan I Can See Your Voice Malaysia semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Ubah Diri, Neeta Pertahankan Warna Kulitnya
Berkongsi kepada REMAJA mengenai cara dia menguasai Bahasa Melayu, Neeta juga mengambil masa beberapa tahun untuk betul-betul fasih.
“Neeta mulai fasih Bahasa Melayu sebenar-benarnya semasa berusia 15 tahun. Sebelum itu, slanga Bahasa Melayu Neeta sendiri tidak berapa bagus. Perlahan-lahan, Neeta perbaiki semasa di sekolah kerana bergaul dengan kawan Melayu dan belajar dalam Bahasa Melayu.
“Lebih-lebih lagi selepas menyertai industri nyanyian bersama band iamNeeta, saya sedar saya perlu memperbaiki lagi kemahiran berbahasa Melayu. Cara saya bawa diri, cara saya bergaul juga bertambah lebih baik selepas saya berada dalam industri selama beberapa tahun ini.”
Bagi peminat band iamNeeta, pastinya korang sejak dahulu mengetahui akan perbezaan latar belakang mereka semua. Namun perbezaan itu tidak sesekali menghalang Neeta, Patrick dan Anas menghasilkan muzik berbahasa Melayu. Malah, muzik itu sendiri dijadikan elemen universal yang menyatukan mereka bertiga dengan pendengar tempatan dan antarabangsa.
Hasil tinjauan REMAJA di bahagian komen video muzik iamNeeta juga mendapati mereka berjaya menarik perhatian ramai pendengar disebabkan muzik yang dihasilkan. Bahasa Melayu nyata tidak sesekali menjadi penghalang.
“The world revolves around social media. Kalau boleh, Neeta tidak mahu isu bahasa menjadi penghalang kepada peminat kami yang bukan berbangsa Melayu untuk meminati muzik berbahasa Melayu. Ya, kecaman itu memang pahit. Tetapi dalam ramai-ramai pengecam, sebenarnya yang menyokong adalah lebih ramai.
“Tak kira siapa kita, asalkan kita dilahirkan di Malaysia dan adalah warganegara Malaysia, kita harus berbangga dan menaikkan bahasa kebangsaan kita. Ada masanya Neeta akan berbahasa Inggeris, tetapi mereka pun tahu muzik Neeta bersama band adalah dalam bahasa Melayu. Jadi bahasa tidak seharusnya dijadikan sebagai isu.
“Biasalah, bila kita bercakap dalam bahasa Melayu, orang tidak endahkan. Bila kita tidak bercakap dalam bahasa Melayu, orang akan kutuk.”
“Ia berbalik kepada mentaliti. Sebab itulah saya tidak mahu terlalu memikirkan isu bahasa ini. Sebagai penghibur, lebih banyak bahasa yang saya kuasai lebih banyak peluang saya untuk melebarkan sayap.
“Berbanggalah dengan kebolehan kita untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Tak rugi pun, malah ia adalah satu bentuk kelebihan untuk masa depan sendiri,” simpulnya.
Betul tu.
Bahasa kan melambangkan diri kita. Daripada kita sibuk untuk membuat perbandingan di antara Neeta dan Pavithra sehingga terkeluar bahasa kesat, lebih baik kita ambil masa itu untuk memperbaiki skil komunikasi kita sendiri.
Sedangkan selebriti antarabangsa pun tertarik untuk menggunakan Bahasa Melayu seperti Ji Suk Jin, mengapa tidak kita?
Bila Oppa Ji Suk Jin Pilih Lagu Bahasa Melayu Di TikTok, Ini Hasilnya!
“Tolong Carikan Girlfriend Untuk Saya..” -Amir Ahnaf

Pelakon sensasi, Amir Ahnaf mengesahkan bahawa dia kini masih ‘single‘ dan tiada mana-mana pun teman istimewa buat masa ini.
Selain itu, aktor berusia 24 tahun itu juga memaklumkan dia kini sedang fokus pada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Tak Kisah Wajah Dilabel ‘Muka Awam’, Percaya Dapat Bantu Memainkan Watak
“Saya single. Tolong carikan girlfriend untuk saya. Memang betul saya single sekarang. Sekarang ini selain berlakon saya juga aktif mengikuti aktiviti larian bersama kumpulan Challo setiap hujung minggu.
“Shout out to Challo Run kerana memberi inspirasi serta galakan kepada generasi muda untuk amalkan hidup sihat,” katanya kepada Remaja.
Baru-baru ini, desas-desus mengatakan pelakon drama popular Project: High Council menjalin hubungan dengan seorang wanita dari Singapura selepas foto mereka bersama tersebar. Namun, dia menafikan bahawa lelaki di dalam foto tersebut adalah dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tekanan Yang Mantap, Tapi Saya Suka..” -Amir Ahnaf Seronok Kerjasama Dengan Produksi Indonesia
Ditanya adakah dia ralat apabila terpalit dengan kontroversi seperti itu, kata Amir dia mengambil pendekatan dengan duduk di rumah menonton Netflix sebagai medium melupakan masalah.
“Setiap kali saya balik rumah, saya buka kasut, letak beg terus duduk di atas sofa dan menonton filem dalam Netflix.
“Saya ikut nasihat pengarah filem Kahar. Kapla High Council yang meminta saya untuk banyak menonton filem agar dapat memantapkan skil lakonan saya,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Amir bakal muncul dengan filem Kahar. Kapla High Council yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 28 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.