Makan

Resipi Aiskrim Ala ‘Baskin Robbins’ Guna 3 Bahan, Buat Sendiri Puas Makan!

Share

Cuaca-cuaca panas ni, selain air minuman berais, aiskrim juga antara yang selalu menjadi pilihan ramai.

Dapat pula aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins, lagilah syahdu.

ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resipi Aiskrim Roll Oreo Yang Mudah Disediakan

Kalau tekak rasa teringin nak makan aiskrim ini, apa lagi buat saja sendiri. Caranya dikongsi oleh Ameera. Nak buat pun senang, bahan cuma 3 saja. Rasanya sumpah sedap!

Cara buat aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins

Bahan-bahan
Whipping cream – 2 kotak
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – setengah tin

Cara membuat:

1.Tidak perlu letak air, blend semua bahan.

2.Selepas semua bahan sebati terus masukkan dalam bekas.

3.Sejukkan dalam peti ais bahagian atas supaya keras selama 4 jam.

Dah siap aiskrim Baskin Robbins buatan sendiri, walahhhhh! Sumpah sedap.

Boleh letak dalam cawan, tabur dengan coklat chip dan sebagainya ikut citarasa.

Ha, mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Artikel ini diambik dan diolah dari VK.

Sumber: Ameera.

BACA LAGI : Resipi Aiskrim Ala ‘Magnum’ Guna Coklat Cadbury, Mudah Disediakan Di Rumah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana