Setiap kali resipi aiskrim homemade dikongsi, pastinya ia menjadi ikutan dan viral di media sosial. Penyediaannya mudah dan tidak rumit membuatkan ramai orang lebih memilih untuk menyediakannya sendiri.
Bukan apa, kalau beli dikedai harganya boleh tahan mahal juga, jadi jika buat sendiri di rumah dapatlah mengurangkan kos perbelanjaan. Kali ini apa kata kita mencuba resipi aiskrim keladi homemade yang viral di TikTok dikongsi oleh Zam Aiskrim.
Jom kita lihat bahan-bahan dan cara menyediakannya.
Bahan-bahan:
300ml air
2 sudu tepung jagung
Perisa keladi
Pewarna ungu
60g gula
1 sudu ovelette
Cara menyediakan:
1. Masukkan 300ml air
2. Kemudian, masukkan dua sudu tepung jagung. Biarkan sehingga larut
3. Buka api dan kacau hingga jernih, kena kacau laju-laju ya
Ads
4. Selepas itu masukkan 300ml susu dan kacaukan
5. Masukkan satu sudu perisa keladi mengikut citarasa korang, satu sudu pewarna ungu dan kacaukan
6. Kemudian, masukan 60g gula, kacaukan
7. Tutup api dan masukkan adunan tadi ke dalam bekas
8. Simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam
Ads
9. Selepas itu, keluarkan dan hancurkan aiskrim tersebut. Letak dalam bekas mixer, masukkan satu sudu ovelette
10. Masuk ke dalam mixer dan kacau sehingga kembang
11. Tuang ke dalam bekas tutup dan simpan di dalam peti ais selama 5 jam
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya banyak jenama terkenal mempunyai produk lain selain daripada produk asas mereka. Kalau kita sebut Maggi, mesti orang akan ingat mi segera dan kalau kita sebut Colgate, mestilah orang akan ingat ubat gigi.
Namun begitu, ada juga jenama terkenal mengeluarkan produk yang agak pelik dek kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Malang sekali, ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.
Jom kita lihat antara jenama-jenama terkenal yang yang pernah mengeluarkan produk pelik ini yang pasti membuatkan korang tidak sangka.
Syarikat kereta AMC telah bekerjasama dengan jenama Gremlin Levi’s pada sekitar 1970-an untuk menghasilkan kereta Levi’s. Kereta ini tidak hanya berwarna biru seakan jeans Levi’s, malah tempat duduk kereta itu juga diperbuat daripada bahan denim.
Jangan takt ahu KFC pernah mengeluarkan Sunscreen Kentucky Fried Chicken SPF 30 pada tahun 2016. Ia bukan hanya dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, malah produk ini juga turut berbau ayam goreng KFC.
Nampaknya KFC selalu juga menghasilkan produk-produk yang pelik ya. Mereka juga pernah menghasilkan lilin wangian dengan aroma ayam goreng KFC. Namun, ia hanya dijual di New Zealand sahaja dalam kuantiti terhad.
Jenama restoran makanan segera ini pernah melancarkan tema burger Big Mac yang terdapat pada fesyen pakaian di Sweden. Bukan hanya t-shirt, ia ilustarasi corak Big Mac itu juga turut dicetak pada seluar, jaket hujan, cadar dan kasut.
Jenama ubat gigi terkenal, Colgate pernah menghasilkan produk makanan sejuk beku dan ia merupakan kegagalan terbesar syarikat mereka kerana ramai yang takut untuk mencubanya.
Jenama terkenal untuk produk lighter ini pernah mengeluarkan produk minyak wangi untuk kaum wanita. Walaupun berbau harum, rupa botolnya tidak memberi keselesaan kepada pengguna kerana bentuknya yang sama seperti lighter Zippo.
Tumpuan dunia terarah kepada negara Türkiye dan Syria yang telah digegarkan dengan tragedi gempa bumi awal pagi Isnin waktu tempatan.
Dengan angka kematian yang dilaporkan telah mencecah angka 4,372 orang dan berbelas ribu lagi mangsa cedera, gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud itu telah menjadikan kedua-dua buah negara kejiranan itu topik trending sejak semalam lagi.
Ini sekaligus merupakan bencana alam besar kedua yang meladan negara Türkiye selepas ia ribuan hektar hutannya pernah terbakar pada pertengahan tahun 2021 sehingga mencetuskan pergerakkan global #PrayForTurkey pada waktu itu.
Salah satu perkara yang diperkatakan adalah mengenai ejaan dan sebutan nama negara Türkiye. Ramai tertanya-tanya adakah ia sama dengan nama Turki atau dalam ejaan bahasa Inggeris, Turkey yang mereka kenali selama ini dan mengapakah ia bertukar?
Jika disoroti sejarah penukaran nama Turki kepada Türkiye, ia secara rasminya telah diumumkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun 2022 setelah Menteri Luarnya pada waktu itu, Mevlut Cavusogla mewakili Presiden dan mengemukakan permintaan rasmi untuk menukar nama negara sejak tahun 2021 lagi.
Jelas Cavusogla, ejaan Turkiye yang disebut sebagai ‘Tur-key-yay’ itu mewakili dan menggambarkan budaya, tamadun serta nilai rakyat negara Turki. Ia juga mempunyai nama panjang iaitu Türkiye Cumhuriyeti ataupun Republik Türkiye.
Bagi yang keliru dengan penggunaan huruf ü pula, ia bukanlah kesalahan typo tau. Sebaliknya, bahasa Türkiye sememangnya menambah tiga huruf vokal iaitu İ (disebut ‘ee’), Ö (disebut seperti o tetapi bibir perlu dimuncungkan) dan Ü (disebut ‘oo’). Lalu, ia menjadikan jumlah keseluruhan huruf yang ada dalam bahasa Türkiye menjadi 29 huruf.
Penukaran ejaan ini juga rupa-rupanya tidak janggal bagi penduduk negara itu memandangkan mereka selama ini menyebut Turki sebagai Türkiye.
Menariknya, perubahan ejaan itu juga disebabkan rasa kurang senang Presidennya, Reccep Tayyip Erdogan dengan masyarakat antarabangsa yang selalu menyamakan Turki dengan menu tradisional ‘ayam belanda’ atau ‘Turkey’ yang disajikan semasa sambutan Thanksgiving, Hari Natal dan Tahun Baharu.
Sedangkan, nama Turki yang berasal daripada istilah asal Latin ‘Turcus’ membawa maksud yang cukup mendalam iaitu ‘kekuatan’.
Presiden Türkiye, Reccep Tayyip Erdogan.
‘Turki’ atau dalam ejaan bahasa Inggerisnya, ‘Turkey’ juga mempunyai dua lagi maksud lain yang agak negatif.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan turkey boleh merujuk kepada gelaran untuk individu yang dungu jika digunakan seperti ini; “You are such a turkey.” Satu lagi maksud lain untuk perkataan turkey adalah kegagalan teruk dan ia digunakan seperti ini; “My examination result is a complete turkey.”
Tidak hairanlah Presiden Türkiye ingin mengubah ejaan dan sebutan negaranya dengan segera.
*
Setelah mendapat lampu hijau daripada PBB dan ia diumumkan secara rasmi oleh media antarabangsa, stesen televisyen dan media Türkiye segera melakukan perubahan terhadap ejaan dan melancarkan kempen penjenamaan semula nama negara mereka.
Sebagai info, penukaran ejaan dan sebutan nama negara bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah tamadun moden dunia. Seperti Türkiye, beberapa buah negara lain yang pernah menukar nama negara mereka termasuklah Thailand (Siam), Iran (Persia), Zimbabwe (Rhodesia), Eswatini (Swaziland) dan Macedonia Utara (Macedonia).
Manakala, Belanda yang dikenali sebagai Netherlands pula menggugurkan ‘nama keduanya’ Holland untuk mengelak kekeliruan masyarakat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita gembira bukan sahaja buat Malaysia Airlines tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia apabila syarikat penerbangan nasional tersebut diumumkan sebagai syarikat penerbangan komersil rasmi kelab bola sepak Inggeris, Manchester United untuk tempoh beberapa tahun.
Jalinan strategik global itu dikongsikan pada sidang media di Kuala Lumpur selepas menandatangani perkongsian di antara Malaysia Airlines dan Manchester United.
Pemilihan Malaysia Airlines ini begitu cocok dengan sokongan luar biasa rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak itu terutamanya daripada tiga buah kelab rasmi Manchester United yang bertapak di negara ini.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, jalinan ini secara tidak langsung membolehkan Malaysia Airlines memasarkan Hospitaliti Malaysia kepada lebih 1.1 bilion peminat kelab tersebut di seluruh dunia.
Di samping itu, Malaysia Airlines juga teruja dengan peluang untuk memanfaatkan inisiatif pemasaran jenama bersama untuk meningkatkan pengiktirafan jenama kepada khalayak global yang pelbagai agar kedua-dua jenama ikonik ini dapat memperoleh kelebihan daripada pengalaman ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Malaysia Airlines juga memberi gambaran bahawa ia merancang untuk menyediakan beberapa acara istimewa (mungkin bakal dihadiri oleh pemain pasukan itu sendiri, who knows?) dan bakal menawarkan peluang memenangi hadiah berskala ‘sekali-seumur-hidup’.
Haa, apa agaknya yang sedang mereka rancang itu? Sama-sama kita nantikan.
Dalam pada itu, Malaysia Airlines juga melancarkan rekaan terbaru Kelas Bisnes A330neo MAG Arena bersempena MATTA Fair yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!