Setiap kali resipi aiskrim homemade dikongsi, pastinya ia menjadi ikutan dan viral di media sosial. Penyediaannya mudah dan tidak rumit membuatkan ramai orang lebih memilih untuk menyediakannya sendiri.
BACA: Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resipi Aiskrim Roll Oreo Yang Mudah Disediakan
Bukan apa, kalau beli dikedai harganya boleh tahan mahal juga, jadi jika buat sendiri di rumah dapatlah mengurangkan kos perbelanjaan. Kali ini apa kata kita mencuba resipi aiskrim keladi homemade yang viral di TikTok dikongsi oleh Zam Aiskrim
.@zamaiskrim Aiskrim Keladi Homemade #fyp #aiskrim #aiskrimkeladi #aiskrimviral ♬ DJ burung puyuh dimakan biawak – DJ ManikCi
Jom kita lihat bahan-bahan dan cara menyediakannya.
1. Masukkan 300ml air
2. Kemudian, masukkan dua sudu tepung jagung. Biarkan sehingga larut
3. Buka api dan kacau hingga jernih, kena kacau laju-laju ya
4. Selepas itu masukkan 300ml susu dan kacaukan
5. Masukkan satu sudu perisa keladi mengikut citarasa korang, satu sudu pewarna ungu dan kacaukan
6. Kemudian, masukan 60g gula, kacaukan
7. Tutup api dan masukkan adunan tadi ke dalam bekas
8. Simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam
9. Selepas itu, keluarkan dan hancurkan aiskrim tersebut. Letak dalam bekas mixer, masukkan satu sudu ovelette
10. Masuk ke dalam mixer dan kacau sehingga kembang
11. Tuang ke dalam bekas tutup dan simpan di dalam peti ais selama 5 jam
12. Siap untuk dimakan!
Selamat mencuba!
BACA: Resipi Aiskrim Ala ‘Magnum’ Guna Coklat Cadbury, Mudah Disediakan Di Rumah
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)