Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Jangan tak tahu, isinya juga boleh dimakan!
ARTIKEL BERKAITAN : 8 Pilihan Jus Rendah Kalori, Khas Buat Orang Diet
Perkongsian Ibrisam Wossali untuk mengolah aloe vera ini menjadi jeli yang boleh digunakan dalam minuman ala-ala Nata De Coco yang sedap dicampurkan bersama segelas air minuman.
Cara olah pokok aloe vera jadi jeli
Petang tadi ambil 5 pelepah aloe vera untuk buat campuran dalam minuman kegemaran saya, sirap ais lemon + gel aloevera.
Ini cara saya memproses aloe vera. Setiap orang ada cara yang tersendiri.
1. Basuh sehingga bersih pelepah aloe vera (jangan guna pokok aloe vera berbintik kecil, yang ini tak boleh dimakan).
2. Kerat jadi beberapa bahagian. Buang duri di kiri dan kanan pelepah.
3. Pelepah aloe vera tadi direndam dalam air garam. Ia bertujuan utk membuang getahnya yang berwarna kuning. Biarkan dalam beberapa minit.
5. Sediakan air garam dan air kapur sirih. Selepas potong dadu isinya terus rendam dlm air tersebut.Tujuannya untuk singkir lendir dan getah aloe vera.
6. Setelah siap potong dadu, basuh dengan air bersih. Rendam sekali lagi dalam air garam sahaja. Biarkan selama beberapa minit.
7. Kemudian basuh lagi dan rebus sekejap dalam air yang telah dididihkan dahulu. Angkat tos.
Inilah rupanya isi aloe vera yang telah siap direbus. Sedia untuk dicampurkan dalam minuman kegemaran anda.
Selamat mencuba.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
BACA LAGI : Jadikan KACANG GAJUS Snek Sihat, Ini Senarai Khasiatnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Ibrisam Wossali