
Isi Kandungan
ToggleBoleh dikatakan ayam goreng mamak merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia yang confirm oleh buat orang ketagih.
Kalau nak beli di restoran mamak, harganya mungkin boleh mencapai sehingga RM4.50 untuk seketul ayam.
Berita baik untuk peminat ayam goreng, lepas ni korang dah boleh try sendiri buat menu ini berdasarkan resipi resipi viral yang dikongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
– 1 ekor ayam
– 6 sudu besar tepung jagung
– 6 sudu besar tepung beras
– 3 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk dikisar:
– 6 ulas bawang putih
– 2 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 2 sudu besar rempah kari
– 1 biji telur
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak
Rupa-rupanya tak ada la susah sangat pun. Boleh la cuba sendiri lepas ni kan?
Selamat mencuba!
Resipi: Qhamcyahh Hidayat via Resipi Masakan Ayam
“Video Ini Untuk Kau…” – Uyaina Arshad Beri Pesanan ‘Pedas’ Buat Golongan ‘Neutral’ & Penyokong Kekejaman Penjajah Palestin

Berani kerana benar, takut kerana salah…
Pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Uyaina Arshad menzahirkan rasa berangnya dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap peperangan Palestin-Israel atau menyebelahi tindakan penjajah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Emoji & Gambar Buah Tembikai Tanda Solidariti Buat Palestin
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, selebriti berkenaan tidak dapat menerima cara permikiran pro-Israel yang menetap di Malaysia.
“Negara Malaysia pun baru 66 tahun saja merasa kemerdekaan selepas kita dijajah oleh British.
“Kau tahu tak betapa susahnya nenek moyang kita dulu nak capai kemerdekaan ini. Mereka berjuang bermati-matian untuk kita cucu cicit ni merasa kemanisan kebebasan ini.
“Sekarang ini, Israel itu penjajah. Sama seperti negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan itu. Samalah seperti Palestin,” katanya.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, tindakan pihak Palestin menyerang kembali serangan Israel merupakan satu tindakan yang wajar.
“Kalau negara kau dijajah, tak akanlah kau akan berdiam diri saja tanpa membuat serangan semula.
“Mereka (Palestin) mahu bebas daripada cengkaman kuku besi Israel. Mereka (Palestin) mahu negara mereka semula. Apa yang kau orang semua tak faham sangat ni?,” marahnya dalam video tersebut.
Menjenguk ke ruangan komen pula, majoriti warganet turut menyokong kecaman lantang dari pengacara tersebut.
“Teruskan boikot! Kita berjihad dengan melumpuhkan ekonomi mereka,” komen seorang pengikut.
“Bagus Yana! Geram sangat apabila melihat kaum terpaling ‘neutral’ ini,” komen warganet lain.
“Sesiapa yang menyokong Israel ini sebenarnya buta sejarah,” jelas warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Uyaina Arshad
Malaysia Akan ‘Hilang’ Dalam Peta Dunia Menjelang 2050, Seriuslah!

Isi Kandungan
ToggleDunia semakin nazak, akibat pencemaran alam yang berpunca daripada sifat tidak bertanggungjawab manusia dan tidak mustahil negara kita, Malaysia bakal hilang dari radar akibat pemanasan global.
Jika Ogos lalu, kita digemparkan dengan jangkaan negara jiran Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050, hari ini kita sendiri didedahkan bahawa Malaysia turut akan mengalami nasib yang sama.
Kajian yang dilakukan oleh Nature Communication, iaitu sebuah badan yang menerbitkan jurnal-jurnal berkualiti tinggi mendedahkan bahawa Malaysia juga bakal terjejas dan ‘tenggelam’ menjelang tahun 2050 kelak.
Menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM), mereka mendapati sembilan buah negeri di Malaysia akan tenggelam dan membentuk sebuah pulau dan menjejaskan berjuta-juta penduduk, antaranya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak kerana berada di bawah paras air laut.
Antara bandar yang terjejas
- Alor Setar
*Kawasan sepanjang Parit Buntar hingga ke Taiping juga tidak kelihatan.
*Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam.
*Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor lenyap.
*Port Klang tenggelam, Shah Alam mengecil.
*KLIA bertempat di sebelah pantai. Wow macam di Lapangan terbang Kansai,Osaka pula!
*Muar & Melaka tenggelam.
*Pekan, Pahang juga tenggelam.
*Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau.
*Kuching, Sarawak juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau.
Peta Dunia Terutamanya Asia Turut Terjejas
Bukan itu sahaja, di peringkat global, populasi Asia adalah yang paling banyak terdedah dengan kejadian kenaikan paras air laut dan boleh menjadi lebih teruk sekiranya faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira iaitu sebanyak 70% dengan China sebanyak 43 juta, Bangladesh 19 juta, Vietnam 26 juta dan Thailand 17 juta.
Korang kena tahu yang bumi kita kian nazak dek kerakusan manusia. So demi melindungi masa depan dan generasi yang akan datang , kita mestilah bersatu hati menjaga bumi dan Malaysia dari hilang dari peta dunia. Solusi dalam menyelesaikan masalah ini antaranya mengubah cara hidup ke arah yang lebih sejahtera kepada alam.
Apapun kita sebagai seorang muslim marilah berdoa agar Malaysia terus dilindungi dari bahaya. So lets save the earth!
Sumber: Centre for Governance and Political Studies, Nature Communications
Sentiasa Positif, Elyana Kongsi Berat Hanya 35Kg Dan Jalani Rawatan Radioterapi

Isi Kandungan
ToggleRamai mengetahui bahawa pelakon dan penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.
Namun, baru-baru ini pelantun lagu ‘niat’ berkongsi keadaan terkininya dan memuatnaik perkembangan terbarunya di laman istagramnya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Elyana merupakan antara penyanyi dan pelakon remaja yang cukup popular dan mendapat tempat di hati peminat menerusi beberapa buah lagu sekitar awal tahun 2000.
Menerusi ruangan Insta Story, Elyana berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Namun, melalui perkongsian tersebut Elyana masih nampak positif dan tidak menunjukkan beliau seperti sakit. Kuat sungguh beliau.
Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut Elyana lagi, berat badannya kini hanya 35kg dan beliau perlu mengambil susu akibat kekurangan berat badan untuk menjalani rawatan tersebut.
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Terkejut dengan berita yang dikongsi oleh penyanyi, ramai yang mendoakan ibu kepada dua anak ini kembali sihat seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Elyana