Pemanis mulut sering menjadi pilihan kerana masyarakat kita sudah terbiasa menikmati hidangan manis selepas makan. Tambah pula jika ia adalah pemanis mulut yang menyejukkan, tatkala cuaca panas membahang, memang confirm laris dijual. Hiks!
Kali ini, Remaja nak berkongsi satu lagi hidangan pemanis mulut yang enak dimakan sewaktu cuaca panas. Buko pandan adalah pemanis mulut sejuk yang berasal dari Filipina, disajikan dengan rasa lemak berkrim, dipenuhi rasa pandan. Ia diperbuat dengan pelbagai bahan seperti isi kelapa yang lembut dan manis, susu pekat manis, dan jeli pandan.
– Isi kelapa dihiris halus (2 biji)
– 1 mangkuk sago dicuci dan direbus
– 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
– 1 tin nata de coco perisa asli atau laici
– Cheddar cheese
Ads
Bahan-bahan kuah (B)
– Air kelapa daripada 2 biji kelapa
– 500 gram atau separuh kotah fresh cream
– 2 kotak susu full cream
– 3 tin susu cair
– 2 tin susu pekat
– Air daripada nata de coco pun boleh masukkan sekali, jangan dibuang
– Perisa kelapa pandan
– Pewarna hijau
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan A dan parutkan cheese di bahagian atas sajian
Ads
2. Campurkan semua bahan B, ikut selera masing-masing. Buat manis sikit sebab nanti bila dicampurkan dengan semua bahan, ia akan menjadi kurang manis
3. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais.
4. Kalau nak makan terus, boleh campurkan dengan kiub ais. Siap!
Ads
Sedikit tip yang dikongsikan, Amber tidak campur air biasa dan gula pasir dalam bahan kuah. Semua kemanisan datang daripada susu pekat dan fresh cream. Jadi, kalau korang nak buat dalam kuantiti yang banyak, tambah sahaja susu full cream banyak sikit, adjust kemanisan menggunakan susu pekat.
Kalau tak suka cheese, tak letak pun memang dah rasa sedap. Makan sejuk-sejuk baru sedap tau. Selamat mencuba!
Baru-baru ini, pada 1 Januari lalu kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 2025 dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan sekaligus bagi umat Islam menyambut kedatangan bulan Rejab.
Walau bagaimanapun, ada beberapa masyarakat yang tidak menyambut tahun baru mengikut perspektif kalendar gregorian atau moden pada setiap 1 Januari seperti yang digunakan di seluruh dunia kerana masih mengikut budaya, kaum dan agama masing-masing. Jadi, meh REMAJA kongsikan pada pembaca beberapa jenis tahun baru yang wujud di seluruh dunia.
STARY NAVY GOD
Di Rusia, terdapat sambutan Stary Navy God atau Tahun Baru Ortodoks yang disambut pada 14 Januari. Ini disebabkan Gereja Ortodoks di beberapa daerah di Rusia masih menggunakan kalendar Julian yang berbza daripada kalendar yang kita gunakan. Sambutan ini juga disambut dengan cara lebih tradisional dan diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
ENKUTATASH
Unik! Perayaan Enkutatash pula disambut oleh masyarakat di negara Ethiopia dan mereka menggunakan kalendar Ethiopia yang mempunyai 13 bulan. Enkutatash disambut pada setiap 11 September dan ia menandakan berakhirnya musim hujan dan permulaan musim menuai, dengan aktiviti seperti nyanyian, tarian, dan perhimpunan keluarga. Kalau anda nak tahu, pada saat artikel ini diterbitkan di Ethiopia kini masih berada di tahun 2017 ya!
Stary Navy God yang disambut masyarakat di RusiaEnkutatash yang diraikan oleh masyarakat di Ethiopia, kini mereka masih berada di tahun 2017 saat artikel ini diterbitkan
KHA-B NISAN
Perayaan Kha-b Nisan ini melambangkan permulaan bagi musim bunga dan kehidupan baru. Ia disambut oleh komuniti Assiria yang berada di Iraq, Syria, Turki dan Iran pada setiap 1 April dan ia diraikan dengan pelbagai acara tradisi seperti perarakan, tarian, dan acara kebudayaan.
POHELA BOISHAKH
Tahun baru Bengali atau Pohela Boishakh disambut pada setiap 14 April dan ia merupakan sambutan yang melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Bengali. Perayaan ini dimeriahkan dengan pawai, muzik, tarian, dan makanan tradisional.
Perayaan Kha-b Nisan yang disambut masyarakat AssiriaMasyarakat Bangladesh yang sedang menyambut Pohela Boishakh
NYEPI
Bagi masyarakat Hindu di Bali, Indonesia, terdapat perayaan Nyepi yang menandakan tahun baru dalam kalendar Saka. Pada hari perayaan Nyepi, seluruh pulau akan sunyi sepi dimana tidak akan ada sebarang aktiviti, perjalanan sebarang kenderaan, atau hiburan yang dibenarkan. Tujuannya adalah untuk refleksi diri dan meditasi. Menariknya, lapangan terbang dan jalan raya juga ditutup sepanjang hari tersebut bagi menghormati Nyepi.
MAAL HIJRAH
Akhir sekali, bagi umat Islam, mereka mempunyai Tahun Baru Hijrah atau Maal Hijrah yang disambut pada setiap 1 Muharam mengikut kalendar Islam. Ia bagi mengimbau kembali kepada perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah iaitu bukan sekadar perjalanan jauh, tetapi perjalanan menuju perubahan, harapan, dan keberkatan.
Sambutan Maal Hijrah yang disambut di Malaysia dengan pelbagai aktivitiNyepi yang disambut oleh kaum Hindu di Bali, Indonesia
Ringkasnya, walaupun setiap masyarakat di seluruh dunia menyambut tahun baru dengan cara yang berbeza mengikut tradisi, agama, dan kalendar mereka sendiri, semuanya mempunyai makna yang mendalam dan mengikut kepercayaan serta budaya masing-masing.
Sama ada melalui perayaan yang melibatkan nyanyian, tarian, refleksi diri, atau kebersamaan keluarga, tahun baru adalah masa untuk memulakan lembaran baru, memperbaharui semangat, dan merancang masa depan yang lebih baik.
Apa yang pasti, setiap sambutan ini memperlihatkan betapa kaya dan berwarna-warni kepelbagaian budaya manusia di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Francais Transformers boleh dikatakan francais filem paling rumit dalam sejarah filem. Pada dasarnya, Transformers ialah francais berdasarkan mainan Hasbro yang menampilkan makhluk asing mekanikal besar yang berjuang antara satu sama lain.
Remaja berbesar hati nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem TRANSFORMERS: RISE OF THE BEASTS ini. Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
FILEM terbaru siri Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts menceritakan tentang perseteruan antara kelompok robot alien, salah satunya ialah Beast War. Beast War adalah robot alien yang dapat mengubah bentuknya menjadi haiwan, bukannya bentuk kenderaan seperti dalam sekuel filem Transformers sebelum ini.
Dalam filem ini yang mengambil latar waktu tahun 1994 ini, Optimus Prime akan bertemu dengan Optimus Primal, iaitu autobots berbentuk gorila. Pada pertemuan tersebut, Optimus Primal mengingatkan Optimus Prime akan datangnya suatu ancaman dari makhluk lain yang sangat besar.
Pelakon: Anthony Ramos, Dominique Fishback, Tobe Nwigwe, Peter Cullen, Ron Perlman, Peter Dinklage, Michelle Yeoh, Liza Koshy, John DiMaggio, David Sobolov, Michaela Jae Rodriguez, Pete Davidson, Cristo Fernández
Pengarah: Steven Caple Jr.
REMAJA nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem TRANSFORMERS: RISE OF THE BEASTS pada:-
Tarikh: 6 Jun 2023
Masa: 9:00 PM
Tempat: GSC THE STARLING MALL, HALL 1
Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai individu yang beragama Islam, sudah menjadi kewajipan kita untuk memastikan segala makanan yang diambil mempunyai status halal. Bukan ketika berada di luar negara sahaja, di negara kita sendiri juga tidak semua restoran atau makanan yang dijual adalah halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam, maka mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan status halal yang melibat industri makanan. Mungkin kita sering tertanya-tanya bagaimana untuk mengenalpasti status halal yang disahkan oleh JAKIM ini, jadi kali ini kami ingin berkongsi sebanyak 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia yang telah disahkan oleh JAKIM.
Informasi ini dikongsikan oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Facebooknya dan logo-logo halal luar negara ini adalah senarai terbaru yang dibuat sehingga 1 Disember 2020.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual dipasaran. Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untu mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam yang akan melancong ke luar negara boleh menyimpan informasi tentang logo-logo halal diiktiraf JAKIM di negara yang dikunjungi.
Kredit foto: freemalaysiatoday.com
Korang juga boleh memuat turun dalam format PDF untuk senarai logo-logo tersebut setakat 1 Disember 2020, klik disini.
Dengan adanya perkongsian ini, maka tidaklah masyarakat Islam ragu-ragu lagi untuk memastikan status halal bagi restoran makanan di luar negara.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...