Resipi Cheesekut Guna Blender, Lebih Mudah Disediakan & Menjimatkan

Share

Bagi peminat cheeskut, jika sebelum ini korang hanya membeli santapan manis ini di kedai atau pun memesan daripada baker, rasanya selepas ini korang dah boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah.

Rupanya, nak buat cheesekut ini tidaklah susah sangat. Hanya guna blender, korang dah boleh siapkan satu hidangan cheesekut. Pendek kata, sesuailah bagi orang bujang yang tidak mempunyai perkakasan dapur yang lengkap.

Jom kita lihat antara bahan dan resipi untuk menyediakan cheesekut dengan blender.

Bahan-bahan:

– 250 gm cream cheese
– 200 gm susu pekat
– 2 sudu besar susu cair
– Biskut kering
– Susu suam
– Nestum
– Milo

Cara menyediakan:

1. Kisarkan cream cheese, susu pekat dan susu cair.

Kredit: Limau nipis
Kredit: Limau nipis

2. Kemudian, celup biskut dalam susu suam yang disediakan. Masukkan ke dalam bekas.

Kredit: Limau nipis

3. Sapu adunan cheese pada biskut yang dicelup tadi

Kredit: Limau nipis

4. Selepas itu, taburkan nestum dan serbuk milo

Kredit: Limau nipis
Kredit: Limau nipis

5. Ulang semula setiap lapisan dengan biskut yang dicelup susu suam

6. Sejukkan semalaman dan siap!

Kredit: Limau nipis

Kalau beli harganya lebih mahal kan? Nah, lepas ni buat sendiri okay. Selamat mencuba!

Sumber: Limau nipis

Published by
Noor Ain Norman