Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Aidilfitri. Walaupun tahun ini kita beraya bersederhana dan tidak boleh melakukan kunjungan ke rumah keluarga dan sahabat handai, tetapi tidak bermakna kita tidak perlu meraikannya.
Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, korang mesti excited nak menempah kuih raya atau membelinya di bazar-bazar Aidilfitri. Apa kata tahun ini korang cuba untuk buat kuih raya untuk makan sendiri, yang pasti lebih jimat dan berbaloi.
Remaja nak kongsikan resipi cookies chocalate chip Famous Amos yang confirm jadi kalau korang buat. Hiks!
– 250 gram butter
– 1 1/4 cawan brown sugar
– 1 sudu kecil esen vanila
– 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven
masing-masing dan siap!Bila korang nampak biskut dah mengembang dan baunya sudah naik, itu tandanya biskut hampir masak.
Korang juga boleh letak topping almond, tapi kalau nak buat kosong saja pun boleh. Rupanya senang saja nak buat cookies famous amos ni ya. Selamat mencuba!
Sumber: Myra Chaqkey via MAHN