Sebelum ini ramai yang menyerbu francais makanan yang berasal dari Amerika Syarikat, Taco Bell semata-mata untuk menikmati hidangan taco yang ditawarkan. Kalau korang pergi di semua cawangan francais ini, confirm boleh lihat ramai yang beratur menunggu giliran untuk makan disini.
BACA: Resipi Rain Drop Cake Viral Guna Bahan Mudah, Senang Je Rupanya
Taco merupakan hidangan tradisi masyarakat Mexico yang terdiri daripada tortilla kecil diisi pelbagai inti termasuklah daging, ayam, kacang, sayuran dan keju yang dilipat. Tidak dinafikan rasanya memang enak dan bikin ketagih.
Namun begitu, sekiranya korang tidak mahu beratur panjang untuk menikmati taco ini, apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Bahan yang digunakan juga simple dan mudah untuk disediakan.
Jom kita cuba resipi seperti yang telah dikongsi oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai Vivianne.
Isi daging
Bahan-bahan lain:
1. Potong kecil tortilla wrap yang ambil pada bahagian tengah dan gorengkan sekejap
2. Masak daging kisar bersama serbuk perasa taco
3. Kemudian, masukkan air dan teruskan mereneh selama lebih kurang 5 ke 8 minit
4. Selepas itu, potong satu lagi bulatan tortilla yang lebih kecil. Letakkan daging yang telah dimasak tadi bersama keju
5. Masukkan tortilla bulat kecil (tostada) yang telah digoreng tadi di atasnya
6. Sapukan sour cream, masukkan salah dan tomato kemudian bungkus semua sisi daripada tepi
7. Masak sebentar di atas kuali sehingga perang
8. Potong dan siap untuk dimakan
Untuk lebih jelas korang boleh rujuk pada video resipi yang telah dibuat ini.
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)