Resipi Kek Batik Indulgence Edisi Premium, Buat Sendiri Lebih Puas Hati

Share

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang pempengaruh yang dikatakan menjual kek batik bertekstur kering, malah dijual dengan harga yang mahal dan tidak berbaloi.

Tidak dinafikan kek batik antara makanan pemanis mulut kegemaran rakyat Malaysia yang diperbuat daripada biskut merry dan coklat. Namun, kini resipi ini kebanyakannya telah diinovasi dengan variasi rasa coklat yang menjadikannya lebih sedap untuk dimakan.

Sebenarnya, untuk membuat kek batik ini tidaklah terlalu susah. Korang boleh buat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan asas sahaja.

Foto: Muhammad Ali

Tapi kali ini kami ingin berikan satu resipi kek batik indulgence edisi premium yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Ali.

Resipi dan bahan yang digunakan ini adalah untuk loyang yang bersaiz 8 inci. So, please take note ya!

Bahan-bahan:

Kek batik

– 300gram biskut merry

– Butter ada tiga pilihan boleh pilih nak yang mana satu

* 150 gram (kalau pakai compound butter seperti buttercup atau marjerin)

* 200 gram (kalau pakai pure butter seperti lurpak/anchor/scs/ golden churn)

* kalau nak campur nisbah 1: 1

Contoh buttercup 100 gram dan pure butter 100 gram pun boleh so rasa balance tak ada rasa susu sangat

– 1/3 cawan susu pekat

– ¾ cawan full cream milk atau fresh milik

– 1 biji telur

– ½ cawan serbuk koko

– ¾ cawan milo

Cream cheese/indulgence

– 250gram cream cheese

– 125gram whipping cream dairy

– 50gram gula kastor/icing

– 1 sudu kecil essen vanilla

Foto: Muhammad Ali

Chocolate ganache

– 200gram dark chocolate

– 200gram whipping cream dairy

– 1 sudu besar butter

Foto: Muhammad Ali

Cara menyediakan:

1. Layer pertama: kek batik

– Masukkan butter ke dalam kuali biar sampai cair. Api jangan kuat sangat. Apabila sudah cair tutup api, biarkan dalam 3-4 minit

– Kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko, milo, susu full cream dan telur

– Selepas itu, buka api balik kacau perlahan-lahan sampai sebati dan tidak berketul. Kalau berketul-ketul kecil tak mengapa tutup sahaja api

– Masukkan 300gram biskut merry yang dipatahkan kecil-kecil dan gaul hingga sebati

– Jika dah sebati, masukkan dalam loyang yang dilapik dengan baking paper atau plastik supaya mudah untuk dikeluarkan nanti

– Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit

Foto: Muhammad Ali

2. Layer kedua: cream cheese/indulgence

– Pukul 250gram cream cheese pada suhu bilik. Jangan pukul lama-lama, bila agak-agak tekstur cantik masukkan gula icing atau gula kastor.

– Kemudian, masukkan essen vanilla, satu sudu yogurt (pilihan) dan pukul sebati

– Pada bekas lain, pukul 125gram whipping cream dairy sampai kental. Bila dah kental gaulkan sekali dengan cream cheese tadi guna kaedah kaup balik. Jangan pakai mixer, guna spatula sahaja.

– Tuang atas lapisan kek batik dan sejukkan 30 hingga 40 minit dalam peti bahagian chiller

Foto: Muhammad Ali

3. Layer ketiga: chocolate ganache

– Pastikan semua bahan kering tak bercampur dengan air

– Double boil

– Letak whipping cream, butter. Dalam dua minit macam tu masukkan pula dark chocolate

– Kacau perlahan-lahan. Dah agak-agak tak berketul, licin dan cantik ganachenya boleh tutup api

– Bagi ganache suam dulu dalam 15 minit baru tuang keatas lapisan cream cheese tadi

– Ratakan ganache jangan pakai sudu. Cuma alihkan loyang ke kiri dan ke kanan supaya rata

Foto: Muhammad Ali

– Setkan dalam peti semalaman atau lebih daripada 7 jam. Wajib 7 jam ke atas sebab kita tak pakai gelatin.

Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman