Ramai di kalangan kita sukakan masakan Cina Muslim. Bahkan banyak restoran berkonsepkan makanan ini dibuka dan mudah didapati. Tidak terlalu berlemak dan berminyak, tentu ramai yang ingin mencuba menu masakan Cina Muslim.
REMAJA kongsikan resipi kuey teow goreng Chinese style untuk korang cuba buat sendiri di rumah ya. Serius memang sedap dan resipi yang dikongsikan oleh Sue ini sudah disyerkan lebih dari 8000 pengguna fb yang mengakui keenakannya.
Apa kata, malam nie bolehlah cuba masakkan, sesekali tukar menu dari nasi ke kuey teow.
Bahan-bahannya :-
(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja
(B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
minyak secukupnya untuk menumis
(C)
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat manis – Sue tambah
1/2 sudu kecil kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sudu kecil pitis otak udang – Sue tambah
2 sudu makan sos cili – Sue tambah
*Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka
Cara memasaknya :-
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehingga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada kuay teow dan akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
Kredit: Sue