Resipi Kuih Lopes Guna Ketupat Palas Segera, Lebih Mudah & Jimat Masa

Share

Bila duduk rumah terlalu lama, mulalah mulut ni rasa nak makan macam-macam. Kalau tak pun, asyik nak mengunyah saja. Maka terhasil resipi yang diolah mengikut citarasa sendiri.

Seperti yang dilakukan oleh saudari Nurul Natasya Tasya ini, dia telah menginovasi ketupat palas segera menjadi kuih lopes. Kalau nak buat kuih tradisional itu memang mengambil masa yang agak lama kerana perlu menyediakan pulutnya terlebih dahulu, tapi dengan ketupat palas segera ini saja ia dapat dihasilkan dengan mudah dan cepat.

Jom kita lihat cara-cara untuk membuatnya.

1. Beli ketupat palas segera perisa asli

2. Rendam sekejap dalam 15 ke 20 minit untuk cepatkan proses merebus. Tambah pewarna hijau ya

3. Semasa merebus, letak 2 liter air dan satu kotak kecil santan. Tambah 1 sudu teh pewarna hijau dan daun pandan. Dalam ketupat palas tu ada disediakan santan tetapi Nurul tidak gunakannya. Bergantung kepada citarasa masing-masing

4. Selepas 40 ke 45 minit, tos dan sejukkan. Dah sejuk barulah potong dan salut kelapa parut yang dah dikukus

5. Kemudian, masak gula melaka hingga pekat. Sejukkan dan tapis

6. Siap!

Mudah sahaja kan? Tak perlu la nak buat pulut dan sebagainya, guna ketupat palas segera pun boleh. Rasanya dah tentulah sedap. Hiks!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman