Baru-baru ini makanan kulit ayam menjadi viral kembali apabila sebuah restoran makanan segera popular menawarkan menu terbaharu mereka yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Sebelum ini, kalau nak makan kulit ayam goreng ranggup selalunya kita beli di pasar malam sahaja, tetapi kini ia telah dikomersilkan oleh restoran makanan segera popular itu.
Namun begitu, rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa pengambilan kulit ayam terlalu banyak adalah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia mempunyai lemak. Pendek kata, jika mengambil secara berlebihan mungkin akan memudaratkan kesihatan korang, lebih-lebih lagi kepada anak kecil.
Resipi kulit ayam goreng ini sebenarnya boleh diolah dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Diera. Jelas wanita itu, anak-anaknya setiap hari nak makan kulit ayam dan hasil daripada video TikTok dia berjaya menginovasi resipi kulit ayam goreng menggunakan telur ayam.
Ayam juga kan. Hiks!
Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi di laman Facebook Masak Apa Hari Ni..
– Telur
– Lada hitam
– Garam
– Pati ayam
– Air sedikit
(Gaulkan semua bahan di atas)
1. Gorengkan telur di atas kuali leper. Pastikan goreng telur senipis yang mungkin
2. Terbalikkan telur yang dimasak itu
3. Kemudian, gaul telur yang digoreng dengan tepung Bestari (atau lain-lain yang sesuai). Selepas itu, potong telur itu untuk dijadikan bentuk kulit ayam. Celup di tepung, celup di air dan kemudiannya celup di tepung semula
4. Setelah selesai goreng dengan minyak panas dan siap!
Katanya rasa makanan ini sebiji macam kulit ayam goreng. Jadi, korang bolehlah cuba buat sendiri di rumah okay.
Selamat mencuba!
Sumber: (1)