Tidak dinafikan loaded potato bowl seringkali mendapat permintaan tinggi daripada peminat restoran makanan segera KFC. Kombinasi kentang putar bersama popcorn chicken dan cheese membuka selera bukan sahaja golongan dewasa, malah kanak-kanak pun turut menyukainya.
Jika dibeli harganya boleh jatuh hampir RM7 semangkuk yang bersaiz kecil. Jadi, kalau korang memang minat sangat makan loaded potato bowl
ini, apa kata cuba resipi yang telah dikongsi oleh Shahrul Bieha ini dalam page Masak Apa Hari Ni? (MAHN).Buat sendiri lebih puas hati kan? Boleh makan ramai-ramai.
Bahan-bahan kentar putar:
– Kentang
– Serbuk perasa
– Serbuk lada hitam
– Butter
– Susu full cream
Bahan-bahan popcorn chicken:
– Isi ayam
– Tepung Bestari
– Telur
Bahan-bahan lain:
– Jagung
– Serbuk cheese yang dah dilarut bersama air panas
– Mayonis
1. Rebus kentang sehingga lembut
2. Setelah lembut, lenyekkan bersama butter, tambar serbuk lada hitam dan serbuk perasa
3. Potong isi ayam kepada bentuk kiub, boleh sediakan popcorn chicken mengikut arahan pada plastik tepung bestari. Mudah saja.
4. Kemudian, rebus jagung dan gaulkan dengan sedikit gula
5. Setelah siap semua bahan dimasak, letakkan satu senduk kentang putar dalam bekas dan lapiskan dengan mayonis, cheese dan kemudiannya, lapiskan dengan kentang putar semula, mayonis serta cheese
6. Akhir sekali taburkan popcorn chicken
dan jagung. Siap!Mudah saja kan? Paling penting, buat sendiri boleh dapat banyak dan kosnya juga jauh lebih murah. Hiks!
Betul tak? Selamat mencuba..
***
Stay tune untuk sesi Power Talk ‘Fight Against Cancer’ yang dibawakan oleh Nu Ideaktiv di Facebook Mingguan Wanita, 18 November ini.
Sumber: Shahrul Bieha