Resipi Minuman Oren Ala ‘Vitagen’, Mudah Disediakan & Sedap Diminum

Share

Minuman berperisa sering menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Bila dapat air manis yang berais pula, sudah tentu kepuasan dapat dirasai. Betul tak?

Terdapat pelbagai resipi minuman yang menarik boleh dicuba kerana penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Sama ada rajin atau tidak sahaja korang nak buat. Hiks!

BACA: Resipi Air Soda Herba Ini Jadi Viral! Sebab Rasanya Terlalu Sedap

Kali ini kami nak kongsikan satu lagi resipi minuman yang sedap, iaitu air oren ala ‘vitagen’. Rasa masam manisnya yang sedap ditambah pula dengan tekstur bersusu itu menjadikan minuman ini bukan hanya kena di tekak orang dewasa, malah kanak-kanak juga pasti sukakannya.

Sumber: Nur Haziqah

Bahan yang digunakan juga terlalu mudah untuk dicari iaitu oren Sunquick dan susu pekat. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi oleh Nur Haziqah

ini.
Sumber: Nur Haziqah

Cara menyediakan:

Bancuh oren sunquick dan susu pekat bersama dengan air panas. Resipi ini dibuat kurang manis tetapi korang boleh ubah ikut citarasa sendiri. 4 sudu besar sunquick dan 4 sudu besar susu pekat diperlukan.

Sumber: Nur Haziqah

Kemudian, tambahkan 200ml air. Sedikit tip yang dikongsi, bancuh dengan air panas serta kacau laju-laju dan lama sedikit barulah air ini tidak berkeledak.

Selepas itu, korang boleh hidangkan bersama ais. Pergh, memang layan.

BACA: Resipi Mudah Air Honey Lemon Asam Boi, Paling Penting Murah & Sedap

Selamat mencuba!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman