Cuaca panas sekarang sangat menguji kita. Lebih-lebih lagi bila perlu berada di luar seharian. Rasa angin bahang membuatkan tekak sering haus dan kalau boleh memang kita tercari-cari air yang boleh melegakan tekak kering.
Untuk memuaskan hati korang, kami ingin berkongsi satu resipi mudah yang confirm dapat menyegarkan badan selepas seharian berpanas di luar.
Resipi air honey lemon asam boi ini dikongsi oleh @khairulaming dan cara penyediaannya juga sangat murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Korang boleh buat sendiri dirumah sebab jauh lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar.
So guys, bolehlah ambil resipi ini dan cuba sendiri di rumah. Good luck!
– 1.5 sudu madu
– 1 biji lemon
– Daun pudina
– Ais
– Air mineral
– Asam boi
1. Masukkan satu setengah sudu madu
2. Kemudian, perahkan satu biji lemon
3. Selepas itu, masukkan daun pudina dan hancurkan sedikit daun tersebut dengan menggunakan sudu
4. Masukkan ais
5. Seterusnya, tuangkan air mineral
6. Akhir sekali, masukkan lemon dan asam boi, kemudian kacau sehingga larut
Mudah je kan? Rasanya tak sampai 10 minit pun dah siap. Hiks!