Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.

Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.

Mesti ramai yang suka makan ayam goreng gunting kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.

Resipi Mudah Ayam Goreng Gunting, Anak Dara Pun Boleh Buat

Resipi ini dikongsi oleh seorang brother, peniaga ayam goreng gunting yang tak lokek nak bagi resipi sebab katanya dia pun diajar oleh orang lain secara percuma.

Jadi, jom kita sama-sama share resipi mudah ini dan doakan perniagaan brother tu semakin maju sebab sudi berkongsi dengan kita. Hehe

Ads

Bahan-bahan untuk isi ayam goreng:

– Isi ayam goreng dipotong nipis-nipis.

– 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil.

– 1 ½ cawan serbuk roti

– Telur

Ads

Cara-cara memasak:

1. Campurkan tepung dengan serbuk roti, masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.

2. Selepas itu, celup dalam telur dan masukkan tepung tadi,  kemudian goreng (buat sekeping-sekeping, jangan masukkan semua ayam di dalam tepung).

3. Goreng sehingga ayam menjadi kuning-kekuningan dan tos kan.

Ads

Bahan-bahan dan cara menyediakan serbuk ayam goreng

– 1 kiub ayam

– 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah dengan keropok Twisties setengah bungkus- Setengah sudu besar serbuk lada sulah

– Kemudian, kisar kering semua bahan tersebut dan siap.

Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!

 

Sumber: Share Masakan Share Resipi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI