
Isi Kandungan
ToggleMochi merupakan pemanis mulut yang berasal dari Jepun, diperbuat daripada tepung pulut yang intinya beraneka jenis. Di Malaysia, mochi antara makanan favorite masyarakat kita dan kini sudah mudah untuk didapati di mana-mana kedai.
Harga bagi sebiji mochi boleh jatuh sehingga RM2.50 dan tidak dinafikan ia agak mahal. Besar mana saja kan saiz mochi tu.
Jadi, untuk lebih puas hati korang sebenarnya boleh menyediakan mochi ini sendiri. Berikut kami kongsikan resipi mochi daripada Cek Kynn dengan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan lebih kurang 20 ke 20 biji mochi.
Bahan-bahan:
– 120g tepung pulut (untuk debuk golek-golek)
– 135g tepung pulut (untuk kulit mochi)
– 30g tepung jagung
– 60g gula
– 50g air panas
– 150g susu segar
– 15g majerin
Bahan inti:
– Pes kacang merah
– Fresh cream
Cara menyediakan:
1. Mula-mula sangai atau goreng tanpa minyaj tepung pulut yang kita dah asing untuk debu itu. Goreng sampai naik bau. Kacau perlahan-lahan.
Bila dah naik bau dan nampak kekuningan atau perang boleh angkat, masukkan dalam satu bekas
2. Dalam bekas, masukkan kesemua bahan, tepung pulut (untuk kulit), tepung jagung, air panas, gula, susu segar dan majerin. Kacau dan gaulkan sebati.
3. Asingkan untuk diwarnakan mengikut pilihan dan masukkan dalam bekas. Kemudian, kukus selama 20 minit
4. Sementara menunggu kulit tadi masak, boleh sediakan bahan inti. Gentle pes kacang merah mengikut saiz yang sesuai
5. Angkat kulit mochi yang sudah masak
6. Taburkan tepung pulut yang disangai tadi unuk dicanai dan diuli
7. Selepas itu, letakkan inti kacang merah tadi
8. Golekkan mochi tersebut dalam tepung pulut yang disangai tadi
9. Siap! Boleh masukkan dalam peti sejuk sebelum makan. Lagi sedap!
Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Tang Jie-Ee Wei Muncul Naib Juara Jelajah Dunia Akhir, Bawa Pulang RM445,000

Baru-baru ini, impian duo beregu campuran negara, Chen Tang Jie (26) -Toh Ee Wei (24) untuk melakar sejarah menjadi wakil pertama negara muncul juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China tidak kesampaian.
Pasangan nombor lapan (8) dunia itu terpaksa akur tewas kepada nama besar, juara Sukan Olimpik Paris 2024 dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi final di Gimnasium Olimpik Hangzhou, malam tadi.
Walau bagaimanapun, usaha Tang Jie-Ee Wei wajar diberikan pujian wajar diberikan apabila memberi tentangan sengit sebelum menyerahkan mahkota kejuaraan kepada pasangan berstatus nombor tiga dunia itu.

Dalam pada itu, pasangan tuan rumah dibantu sokongan padu ribuan penyokong memulakan set pertama dengan langkah kanan apabila menang 21-18, biarpun ditentang hebat gandingan negara.
Pada permainan kedua, Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan corak permainan mereka dan ia membuahkan hasil sebelum menang 21-14 untuk mengheret saingan ke set penentuan.
Gandingan harapan negara itu turut cuba meneruskan momentum positif menerusi aksi bertenaga, namun pengalaman memisahkan mereka yang terpaksa akur tewas 17-21 kepada Si Wei-Huang Ya Qiong dalam tempoh 75 minit permainan.
Keputusan tersebut melebarkan jurang kemenangan Si Wei-Ya Qiong kepada 4-0 ke atas Tang Jie-Ee Wei.

Menerusi kemenangan itu, Si Wei-Ya Qiong meraih wang tunai AS$210,000 (RM934,553), manakala Tang Jie-Ee Wei membawa pulang AS$100,000 (RM445,025). Difahamkan, saingan tersebut juga menjadi pentas final terakhir buat Si Wei-Ya Qiong.
Walaupun baru berusia 27 tahun, Si Wei sebelum ini mengumumkan akan bersara selepas berakhir saingan WTF tahun ini.
Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei mengesahkan kemaraan ke final buat kali pertama selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-15, 21-12 pada aksi separuh akhir.
Si Wei-Ya Qiong pula mara juga hasil kemenangan ke atas rakan senegara, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-11, 21-18 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari Arafah Jatuh Esok Di Malaysia, Mohonlah Semua Doa Pada Waktu Paling Mustajab Ini

Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling istimewa bagi umat Islam. Terdapat banyak kelebihan padanya yang tidak dijumpai pada bulan lain. Salah satu daripadanya adalah Hari Arafah, iaitu yang disambut pada setiap 9 Zulhijjah setiap tahun.
Tapi mungkin timbul kekeliruan buat umat Islam di Malaysia, mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.
Malah mengikut kenyataan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan, berkata Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443 Hijrah.
Tambah beliau, berkata masyarakat tidak perlu berpuasa mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah iaitu Jumaat dengan sambutan Aidiladha sehari lebih awal, pada Sabtu depan.
“Memandangkan kita raya (Aidiladha) pada Ahad, 10 Julai sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka digalakkan puasa sunat Tarwiyyah (hari kelapan Zulhijjah) pada Jumaat dan puasa sunat Arafah pada Sabtu,” katanya
Kelebihan Hari Arafah
Memang begitu banyak kelebihan Hari Arafah yang disambut setiap 9 Zulhijjah ini, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha antaranya :
1. SEBAHAGIAN DARIPADA RUKUN HAJI
Pentingnya Hari Arafah adalah ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji.
Ibadah ini juga sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia.
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:
الحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
2. HARI KESEMPURNAAN AGAMA
Di Arafah inilah Rasulullah telah menyampaikan khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.
Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Maa’idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW:
اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
Maksudnya: “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” [Al-Maa’idah: Ayat 3]
3. HARI ARAFAH ADALAH HARI RAYA BUAT UMAT ISLAM
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
4. HARI ARAFAH ADALAH HARI PENYAKSIAN
Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” [Riwayat Ahmad]
5. DOA PALING MUSTAJAB PADA HARI ARAFAH
Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
6. GANJARAN PUASA ARAFAH
Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
7. HARI KEAMPUNAN
Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Selain itu, ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabar Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
Moga-moga artikel ini memberi manfaat kepada semua dan Allah memberi kita kekuatan dan kemudahan agar dapat melaksanakan amalan dengan tekun dan istiqamah.
*Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan, Utusan, Berita Harian
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
DC Lancar Aplikasi Batman AR Pertama Di Dunia Dengan 13 Pilihan Bahasa

DC secara rasmi melancarkan rangkaian pengalaman Batman mudah alih baru untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Menariknya, aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition ini adalah salah satu aplikasi mudah alih percuma yang terdapat di app store dengan 13 bahasa di dunia.
Aplikasi ini membolehkan kanak-kanak bergabung dengan pasukan memerangi jenayah Batman, Knightwatch dan terjun ke dunia Batman.
Pelancaran ini dilakukan tepat pada masanya untuk meraikan “Bulan Batman” pada September dan DC Fandome, iaitu pengalaman peminat global pada 16 Oktober. Di Malaysia, perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network pula sedang bersiap sedia bagi menghidangkan satu bulan yang dipenuhi aksi dan pertandingan bertema Batman serta pengambilalihan yang didedikasikan untuk Caped Crusader.
Beberapa ciri menarik pelancaran, aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition :
Misi Augmented reality (AR)
- Melalui ciri aplikasi AR terkini, anak-anak menjadi anggota baru pasukan Batman’s Knightwatch dan membawa mereka dalam misi Batman sebenar untuk membasmi jenayah. Cool AR memberikan pengalaman 3D sebenar yang berkaitan dengan konsep dan reka bentuk teknikal yang membolehkan Batman’s Bat-Tech hidup kembali.
Permainan mini
- Pengguna boleh bermain permainan pemanduan mudah alih bertema Batman yang menguji kemahiran pemain mengendalikan Batmobile; Berlatih Batarang di mana pemain berlawan dengan masa untuk mengetahui berapa banyak sasaran yang boleh ditumbangkan; dan permainan Grapnel Launcher yang memerlukan pemain berlari dan melompat ketika menggunakan kemampuan Batman untuk mengatasi halangan.
Penapis muka AR
- Korang boleh berubah menjadi Batman, Joker, Batgirl dan watak Gotham City yang paling ikonik lain menggunakan penapis yang menyeronokkan ini dan menyimpan dan berkongsi foto dengan rakan dan keluarga.
Pek pelekat
- Pengguna dapat menghiasi gambar dengan pelbagai pelekat bertema Batman, mengubah foto biasa menjadi cerita Batman yang menyeronokkan.
Kandungan video Batman Bat-Tech
- Aplikasi ini berkesinambungan dengan saluran YouTube DCKids yang sangat popular. Satu siri baharu, bertajuk “Batman Science Lab” akan dilancarkan pada musim luruh ini yang meneroka aplikasi dunia sebenar teknologi Batman.
Selain melancarkan aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition secara eksklusif, terdapat juga siri komik digital, Batman – Knightwatch, di mana kanak-kanak dapat meneroka bagaimana program Knightwatch dibuat, serta mengikuti pasukan Batman dan Super Hero ketika mereka menewaskan Gotham City’s Super-Villains setelah mereka berjaya melepaskan diri dari Arkham Asylum. Di samping itu, komik digital akan ditambah dalam aplikasi secara berkala.
Tak sabar kan nak menerokai dunia Batman ni? Okay korang boleh memuat turun DC: Batman Bat-Tech Edition secara percuma di Apple Store dan Google Play store, aplikasi ini boleh dimainkan di tablet dan telefon pintar.