Resipi Mudah Susu Strawberi Korea Dengan Jeli Confirm Bikin Terliur

Share

Menikmati minuman manis (sejuk pula) saat berbuka puasa sememangnya memberi kepuasan tatkala seharian menahan haus. Jika ke bazar Ramadan, jualan minuman pastinya ‘menangkap’ perhatian pengunjung kerana warnanya yang menarik disertai dengan ketulan ais.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan korang antara minuman yang boleh dibuat sendiri untuk berbuka puasa nanti. Paling penting, resipinya mudah dan senang untuk disediakan.

Jom kita lihat resipi minuman susu strawberi Korea dengan jeli yang telah dikongsi oleh @cookingwithel

Bahan-bahan:

– 28 biji strawberi dicuci bersih
– 130 gram gula (ikut kehendak korang)
– Air lemon (jika mahu)
– Jeli strawberi
– Susu full cream
– Ais

Cara menyediakan:

1. Blender kasar strawberi

2. Kemudian, masak strawberi dan gula sehingga likat

3. Setelah masak, tuang adunan tersebut dalam gelas, masukkan jeli dan ais, seterunya tuang susu secukupnya

Note:

– Korang juga boleh menggunakan minuman yogurt bagi menggantikan susu full cream

– Minuman ini lebih sedap sekiranya korang simpan di dalam peti ais semalaman kerana ia akan jadi lebih creamy

dengan gabungan strawberi dan susu itu. Jika korang sejukkan di dalam peti ais, sewaktu nak minum barulah minuman ini diletakkan ais

Hm, tengok pun dah sedap. Selamat mencuba!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman