
Isi Kandungan
ToggleBila tiba hujung minggu, kebiasaannya kita mengambil peluang untuk menyediakan juadah makanan yang boleh dinikmati ketika hari cuti. Selain daripada makanan utama, kami pasti ramai yang sering tercari-cari makanan ringan yang boleh dijadikan snek sewaktu menonton drama/filem di masa lapang.
Biasalah, bila hari cuti ramai yang nak berehat dan kalau boleh, nak habiskan masa untuk marathon drama kan?
Jadi, sambil menonton tu mesti rasa nak mengunyah. Apa kata korang cuba resipi simple buat waffle sendiri di rumah. Mesin waffle boleh beli secara online dan harganya pun tidaklah mahal sangat, yang penting berbaloi.
Kalau beli di luar, kadang-kadang tekstur waffle tu jadi lembik dan kurang menarik. Ini kami nak berikan resipi waffle rangup yang telah dikongsi oleh Nor Asiah di grup Facebook Masak Apa Hari Ni?
Bahan-bahan:
– 3 cawan tepung gandum
– 1 cawan susu full cream
– 1 ½ cawan air
– ¾ cawan minyak masak/butter cair
– 2 biji telur
– Sedikit esen vanilla
– 2 sudu besar susu tepung
– 3 sudu gula castor
– ½ sudu kecil garam
– 1 sudu besar baking powder
– ¼ sudu kecil baking soda
Cara menyediakan:
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 ke 15 minit. Seterusnya, boleh terus dimasak dalam bekas waffle.
Siap!

Sumber: Nor Asiah via MAHN
#GirlPower: Firdaus Kini Teraju Utama Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Undur Diri Selepas 40 Tahun

Kumpulan Media Karangkraf antara sebuah syarikat media terbesar di Malaysia. Bermula pada tahun 1978 sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak, kini jenama yang dihasilkan oleh syarikat ini kukuh di dunia penerbitan dan digital sebagai gergasi media sohor kini.
Kelmarin dalam satu pengumuman korporat yang disampaikan kepada pihak media, pucuk pimpinan Kumpulan Media Karangkraf kini beralih tangan kepada generasi lebih muda. Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah. Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.

Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu. Mereka adalah Puan Firdaus Binti Hussamuddin, Encik Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, Puan Farah Binti Hussamuddin, Encik Azizi Bin Fikry dan Encik Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Puan Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari Western Michigan University dan telah bersama Kumpulan Media Karangkraf sejak tahun 2005.
PENSTRUKTURAN PENGURUSAN
“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak. Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Datuk Hussamuddin.

Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Media Karangkraf juga ingin mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat Kumpulan, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko). Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd.
Manakala, bagi tiga bahagian perniagaan utama Kumpulan, perubahan adalah seperti berikut:
Puan Farah Binti Hussamuddin akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Encik Azizi Bin Fikry akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd.
Selain bertindak sebagai Pengurusi, Puan Firdaus Hussamuddin juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran, yang merangkumi Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya. Beliau akan dibantu oleh En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi bahagian.
Untuk pengetahuan pembaca, REMAJA juga merupakan salah satu jenama yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Love Yourself’, Ini 7 Pesanan ‘Mahal’ Dr. Fadzilah Kamsah

‘Sayangilah diri sendiri, cintailah diri sendiri dan hormatilah ia sebagaimana kamu menyanjungi orang yang hebat di luar sana. Ingat, di saat kita tiada sesiapa lagi orang di atas dunia, kita masih ada diri kita sendiri’
Itulah ungkapan yang dicoretkan pakar motivasi tersohor tanah air, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengenai cintai dan hormati diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr. Fadzilah Kamsah Dedah Tanda ‘Anxiety’ Yang Tak Disedari Seorang Penghidap
Dalam Islam juga sememangnya menuntut umatnya agar mencintai dan menjaga kehormatan diri sebagai wujud rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Ilahi buat kita.
Selain itu, beliau turut mencoretkan tujuh pesanan ‘mahal’ bagi setiap insan untuk sentiasa beringat dalam menjaga diri.
1. Setiap orang yang bersama kita, akan ada satu hari yang akan menjadi hari terakhir mereka bersama kita. Kita cuma tak tahu bila, maka sayang kena berpada-pada. Benci juga kena bersederhana.
Perlu ingat, mereka adalah pinjaman dari Allah SWT. Maka, kita jangan terlalu sedih apabila mereka pergi. Berniatlah semoga dipertemukan di alam syurga kelak.
2. Bersamalah dengan mereka yang selalu buat kamu tersenyum. Walaupun pada saat mereka tiada di depan mata.
Bukan setakat kehadiran mereka membahagiakan, tetapi memori yang mereka tinggal juga membahagiakan buat kehidupanmu.
3. Ingatlah di saat, kamu bergaduh dengan pasangan, mak ayah atau sesiapa sahaja yang menyayangi kamu, pertengkaran itu kerana mereka sayang.
Bila mereka dah senyap, itu tandanya, “we are done.”
4. Masalah kamu, bukan masalah kamu sebenarnya. Tetapi “tindakbalas” kamu terhadap masalah, itulah masalah sebenar.
5. Benda baik dan bermakna, selalu ambil masa. Tetap sabar dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
6. Hargailah sesiapa sahaja yang ingat akan hal-hal kecil tentang diri kamu. Kecil bagi kamu, besar bagi dia. Maka, santuni dan jaga mereka baik-baik.
7. Ketentuan Allah, boleh jadi hal yang tidak kita duga dan boleh terima begitu sahaja. Kita marah dan kadangkala boleh kecewa. Kamu rasa pahit sangat atas apa yang berlaku.
Ingat, bukan pentingkan diri, tetapi jika tidak pelihara diri sendiri, mana mungkin kita boleh pelihara orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Dr. Fadzilah Kamsah
Makanan Kucing Tiruan Dijual Secara Online, Lelaki Ini Ajar Cara Kenal Yang Ori Atau Fake

Isi Kandungan
ToggleMakanan kucing adalah perkara utama yang perlu diberikan perhatian, khususnya bagi pemilik haiwan peliharaan itu. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan apa sahaja makanan kepada kucing kerana khuatir ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.
Selain daripada menyediakan makanan homemade buat kucing, terdapat juga banyak makanan kucing yang ada di pasaran yang boleh dibeli.
Ada pelbagai jenama makanan kucing yang terdiri daripada berbagai pilihan makanan mengikut kesesuaian dan selera si bulus itu.
Namun begitu, apa yang mengecewakan ada segelintir penjual yang mengambil kesempatan menjual makanan kucing tiruan secara dalam talian. Makanan kucing ‘mewah’ Royal Canin dijual dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga asal tetapi ia adalah barang tiruan.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ZackAvaricious turut pernah ditipu oleh online seller apabila makanan kucing yang dibelinya itu palsu.
Zack juga memuat naik gambar komen-komen yang ditinggalkan oleh pembeli lain yang mengatakan bahawa makanan kucing yang dijual oleh seller itu adalah tiruan.
Sebagai pengguna Royal Canin lebih daripada 2 tahun, boleh dikatakan Zack sudah cukup kenal tentang produk makanan kucing itu. Menurutnya, jika korang ingin mengetahui sama ada Royal Canin yang dibeli itu asli atau tiruan, ada cara yang boleh korang buat dengan melihat pada packaging dan warna makanan kucing itu.
Original
Fake

So guys, bagi korang yang memelihara kucing berhati-hatilah sewaktu membeli makanan buat mereka. Jangan ingat semua yang dijual itu original, pastikan hanya yang asli sebelum diberi pada kucing. Nanti tak pasal-pasal kucing korang pula yang sakit.
Sumber: (1)