Bila tiba hujung minggu, kebiasaannya kita mengambil peluang untuk menyediakan juadah makanan yang boleh dinikmati ketika hari cuti. Selain daripada makanan utama, kami pasti ramai yang sering tercari-cari makanan ringan yang boleh dijadikan snek sewaktu menonton drama/filem di masa lapang.
Biasalah, bila hari cuti ramai yang nak berehat dan kalau boleh, nak habiskan masa untuk marathon drama kan?
Jadi, sambil menonton tu mesti rasa nak mengunyah. Apa kata korang cuba resipi simple buat waffle sendiri di rumah. Mesin waffle boleh beli secara online dan harganya pun tidaklah mahal sangat, yang penting berbaloi.
Kalau beli di luar, kadang-kadang tekstur waffle tu jadi lembik dan kurang menarik. Ini kami nak berikan resipi waffle rangup yang telah dikongsi oleh Nor Asiah di grup Facebook Masak Apa Hari Ni
?– 3 cawan tepung gandum
– 1 cawan susu full cream
– 1 ½ cawan air
– ¾ cawan minyak masak/butter cair
– 2 biji telur
– Sedikit esen vanilla
– 2 sudu besar susu tepung
– 3 sudu gula castor
– ½ sudu kecil garam
– 1 sudu besar baking powder
– ¼ sudu kecil baking soda
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 ke 15 minit. Seterusnya, boleh terus dimasak dalam bekas waffle.
Siap!
Sumber: Nor Asiah via MAHN