
Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka buah nanas yang selalunya dimakan begitu sahaja atau pun diguna dalam masakan rupanya boleh dinikmati dengan cara berbeza, iaitu digoreng rangup.
Tahu tak korang nanas adalah ‘superfood’ yang baik kepada tubuh badan kita? Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, nanas sarat dengan vitamin C yang dapat membantu menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus. (Sumber: DrRizal Abu Bakar)
Jadi, untuk korang yang memang suka makan nanas, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ena Mohd Arip telah pun berkongsi satu resipi istimewa dan berbeza dari biasa, nanas goreng.
Bahan-bahan:
– Nanas
– Tepung beras
– Garam
– Baking powder
– Air
– Breadcrumbs
Cara menyediakan:
1. Potong nanas mengikut citarasa korang
2. Bancuhkan tepung beras, garam secukup rasa dan baking powder bersama air
3. Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau pekat
4. Sebagai pilihan, korang juga boleh salut bersama breadcrumbs
5. Kemudian, gorengkan nanas tersebut
6. Siap!
Hasilnya memang rangup dan menyelerakan. Kalau tak percaya korang cubalah sendiri. Hiks! Snek ini sesuai disediakan pada waktu petang. Lebih-lebih lagi kalau waktu hujan, memang layanlah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ena Mohd Arip
Resipi Kimchi Homemade Paling Mudah, Yang Penting Halal & Sedap

Makanan Korea antara yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia kerana mungkin kebanyakan kita terpengaruh daripada menonton di k-drama. Hiks! Tidak dinafikan setiap kali mereka makan, pasti nampak menyelerakan dan secara tidak langsung kita pun turut sama nak merasa makanan dari negara tersebut.
Kimchi antara yang popular dan kalau korang suka sangat makan kimchi, sebenarnya nak menyediakannya tidaklah terlalu sukar. Jika beli di luar mungkin kita ragu dengan status halal tersebut, jadi apa kata korang cuba sendiri resipi kimchi yang telah dikongsi oleh Nur Masyita Atiqah ini.
Bahan A:
– Satu biji kobis Cina (saiz sederhana)
– Setengah cawan garam
Kobis dibelah dua dan pisahkan setiap kelopak. Cuci bersih setiap kelopak dan rendam dalam larutan air garam selama 2-3 jam (ada orang buat 6-8 jam untuk bagi garam lebih meresap ke dalam kubis).
Selepas 3 jam, buang air rendaman garam tadi dan cuci semula kubis sebanyak 3 kali untuk kurangkan rasa masin. Tos kan kubis sehingga agak kering. Waktu ni kubis dah agak layu dan kenyal sedikit. Boleh rasa kubis tu untuk pastikan kubis tu dah ada rasa masin.
Bahan B:
– 1 batang lobak merah (hiris panjang)
– 1 ikat daun bawang (potong dalam panjang 1-2 inci)
– 1 biji buah Lai/Pear/Epal (hiris)
Bahan C:
– 3 sudu tepung pulut
– 2 sudu gula
– 1 cawan air
Masukkan tepung pulut, gula, dan air ke dalam periuk. Gunakan api kecil. Sentiasa kacau dan apabila tekstur menjadi likat, tutupkan api dan biarkan sejuk (jika terlalu likat boleh tambahkan air).
Bahan D:
– 1 biji bawang Holland/bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci setengah halia
– 1 biji buah Lai/Pear/Epal
– 5 sudu sos ikan
Kisarkan semua bahan. Kisar bahan 1-4 kemudian masukkan ke dalam mangkuk, baru masukkan bahan 5
Bahan E:
– Serbuk cili atau chili flakes
Cara-cara menyediakan:
1. Sediakan satu mangkuk besar/besen dan senduk (kalau nak gaul guna tangan, guna sarung tangan plastik supaya tangan tak pijar).
2. Masukkan bahan D dan E & gaul sehingga sebati dan menjadi pes.
3. Masukkan bahan C dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan bahan B dan gaul rata. Biarkan selama 30 minit untuk pastikan sebatian bahan C, D, E meresap ke dalam bahan B.
5. Selepas 30 minit, masukkan pula bahan A (kubis yang telah di-tos kering dan dipotong). Gaul rata semua bahan. Ambil sedikit dan rasa, pastikan pes kimchi ada rasa manis masin.
6. Masukkan kimchi yang telah digaul rata tadi ke dalam bekas kedap udara. Mampatkan kimchi di dalam bekas itu supaya tiada ruang udara. Tutup bekas kimchi.
7. Biarkan bekas kimchi tadi pada suhu bilik selama 1 hari bagi proses fermentasi.
8. Selepas sehari, boleh buka bekas kimchi dan rasa. Tadaaaa kimchi dah siap! Selepas fermentasi ni, kimchi dah ada rasa masam dan ada rasa kimchi yang sedap.
Nampak macam banyak proses nak buat kimchi n ikan? Tapi sebenarnya menurut Masyita cara untuk menyediakan kimchi ini adalah sangat senang. Kalau nak mudah, perap kobis terlebih dahulu, dalam masa nak tunggu kobis tu direndam, korang boleh sediakan bahan-bahan yang lain.
Kimchi ni korang boleh simpan dalam peti ais dan ia tahan lama walaupun disimpan lama. Semakin lama disimpan, semakin sedap. Boleh dimakan bersama mi segera, buat nasi goreng kimchi dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masyita Atiqah
Pelajar ‘Bertelinga Bionik’ Kongsi Pengalaman Perolehi Semula Pendengaran, Dalam Kepala Ada Cip Tau!

Iman Aisyah, 16 ketika ditemui REMAJA baru-baru ini kelihatan seperti mana-mana remaja lain; kelihatan seperti seorang yang introvert pada detik pengenalan awal tetapi mula mesra setelah diajak berborak.
Dalam diam, pelajar yang mesra dengan panggilan Aisyah ini rupa-rupanya merupakan salah seorang penerima alat bantuan Cochlear di Malaysia.
Haa, korang pernah dengar tak mengenai penerima Cochlear ini? Tahu tak serba sedikit mengenainya?
Menurut Aisyah, ia merupakan sejenis implan yang membolehkannya memperolehi semula deria pendengarannya setelah dilahirkan dengan komplikasi yang menyebabkan dia tidak dapat mendengar ketika bayi.
Dia telahpun bergantung harap kepada teknologi ini bagi memperbaiki pendengarannya dengan menjalani pembedahan memasukkan implan tersebut seawal usia 3 tahun setengah lagi.
“Ketika saya masih kecil, saya menjalani pembedahan di mana implan Cochlear diletakkan di bawah permukaan kulit di dalam kepala.
“Di bahagian atas implan nipis ini mempunyai magnet yang boleh dilekatkan kepada satu cip mikrofon di luar kulit kepala. Jadi apabila saya lekatkan kedua-dua bahagian magnet itu, maka saya boleh mendengar dengan jelas,” ujar Aisyah.
Difahamkan, cip mikrofon yang dilekatkan itu ‘menangkap’ bunyi (atau dalam terma saintifik, informasi) lalu disalirkan menerusi wayar receptor yang dihubungkan ke gegendang telinga Aisyah.
Kongsi Aisyah, implan Cochlear ini turut dilengkapi teknologi bluetooth yang boleh dihubungkan dengan mana-mana gajet eletronik.
Sebagai contoh, sekiranya Aisyah sedang ‘bertarung’ dalam perlawanan PUBG tetapi tidak melekatkan cip mikrofon di luar kepalanya, bunyi yang dihasilkan daripada permainan itu masih boleh ditangkap oleh implan Cochlear yang berada di dalam kepala lalu ia dihantar ke gegendang telinga.
Begitu juga apabila Aisyah menstrim platform Netflix, bunyi terus masuk dalam telinga. Dalam bahasa mudahnya, Iman Aisyah boleh dianggap mempunyai telinga bionik!
“Masa kecil-kecil dulu bila tidak bertudung, alat bantuan Cochlear pada telinga saya sering menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pelajar di sekolah. Mereka terkejut bila mendapat tahu ia adalah alat bantuan elektronik dan berhubung dengan cip.
“Tapi lama-kelamaan, rakan-rakan dan guru di sekolah sudah terbiasa dengannya. Guru-guru terutamanya akan meninggikan suara sedikit jika perlu memanggil saya dari hadapan kelas.
“Seperkara lagi, hendak pakai ini bukan terus boleh dengar. Pada peringkat awal dulu, saya perlu belajar bunyi dan juga bahasa isyarat. Perlahan-lahan saya mula membiasakan diri dengan bunyi di sekeliling,” tambahnya.
Menarik bukan, dengan adanya kelebihan teknologi pada zaman ini segalanya tidak lagi mustahil.
TONTON video penuh temubual kami bersama Iman Aisyah berserta penjelasan mengenai penerima Cochlear oleh Pakar ENT (Ear, Nose, Throat) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Goh Bee See di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sentiasa Segar Bertenaga, Dolla Kongsi Tips Tampil Cantik dan Yakin Walaupun Sibuk Dengan Persediaan Konsert!

Baru-baru ini, Bio-essence memperkenal Bio-Water Toning Water dengan kolaborasi bersama kumpulan yang sedang meningkat naik Dolla, yang mampu menyuntik tenaga segar dan dinamik ke dalam jenama ini.
Dolla yang terkenal dengan muzik pop mencerminkan keyakinan dan sentiasa segar persis Bio-Water Toning Water yang menjanjikan kulit kekal cerah, segar dan lembap.
Melalui kerjasama ini juga Dolla dan Bio-essence berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat dan para pengguna untuk sentiasa yakin dengan kecantikan semulajadi dan mampu memiliki kulit yang sihat.
Dolla yang juga hadir di acara pelancaran Bio-Water Toning Water di IOI City Mall pada 6 Julai lalu juga sempat meluangkan masa bersama peminat mereka, iDolla dengan bermain beberapa permainan di atas pentas.
Dalam pada itu, ada juga salah seorang iDolla yang tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat menarinya di hadapan Sabronzo!
Untuk pengetahuan, Dolla juga bakal mengadakan konsert sulungnya pada 3 Ogos ini yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur dan antara tips daripada Dolla untuk sentiasa Watch Me Glow dan nampak fresh and hydrated walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti adalah dengan menggunakan Bio-Water Toning Water tau!
Sekadar info, Bio-Water Toning Water ini merupakan formula terbaru mengandungi Bio Energy Complex, yang membantu memperbaiki dan menyegarkan kulit dengan meningkatkan penyerapan oksigen, memberikan keaktifan dan tenaga kepada kulit.
Jadi, kalau anda nak sentiasa nampak segar macam Dolla, bolehlah cuba tips yang mudah yang dikongsi mereka tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.