Resipi Nanas Goreng Ranggup, Confirm Sedap Lain Daripada Yang Lain

Share

Siapa sangka buah nanas yang selalunya dimakan begitu sahaja atau pun diguna dalam masakan rupanya boleh dinikmati dengan cara berbeza, iaitu digoreng rangup.

Tahu tak korang nanas adalah ‘superfood’ yang baik kepada tubuh badan kita? Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, nanas sarat dengan vitamin C yang dapat membantu menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus. (Sumber: DrRizal Abu Bakar

)

Jadi, untuk korang yang memang suka makan nanas, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ena Mohd Arip telah pun berkongsi satu resipi istimewa dan berbeza dari biasa, nanas goreng.

Bahan-bahan:

– Nanas
– Tepung beras
– Garam
– Baking powder
– Air
Breadcrumbs

Cara menyediakan:

1. Potong nanas mengikut citarasa korang

2. Bancuhkan tepung beras, garam secukup rasa dan baking powder bersama air

3. Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau pekat

4. Sebagai pilihan, korang juga boleh salut bersama breadcrumbs

5. Kemudian, gorengkan nanas tersebut

6. Siap!

Hasilnya memang rangup dan menyelerakan. Kalau tak percaya korang cubalah sendiri. Hiks! Snek ini sesuai disediakan pada waktu petang. Lebih-lebih lagi kalau waktu hujan, memang layanlah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ena Mohd Arip

Published by
Noor Ain Norman