Zaman sekarang ni semua benda kalau boleh kita nak yang mudah dan cepat saja. Lagi-lagi kalau bab memasak. Lebih mudah, lebih bagus. Paling penting kena sedap. Hiks!
Kami nak kongsikan dengan korang resipi pizza bujang yang disediakan hanya dengan menggunakan iron baju oleh khairulaming
di laman Instagramnya.Cepat dan ringkas, bahan-bahan untuk resipi ini juga mudah disediakan.
Kalau tak percaya, jom try..
– 2 keping roti
– 1 batang sosej
– 2 sudu sos pasta
– 2 keping keju
– Mentega
– Aluminium foil
1. Rebus sosej terlebih dahulu
2. Letakkan roti bersama sos pasta
3. Kemudian, letakkan sosej yang telah direbus tadi
4. Nak sedap lagi, letak la cheese
6. Gosok ke atas aluminium foil selama 2 minit untuk setiap sisi. Kalau belum garing, teruskan menggosok
Siap!
Nota: Gunakan medium heat untuk suhu seterika. Guna seterika dengan berhati-hati.
Mudah bukan?
Selamat mencuba!