Resipi Popia Bersalut Coklat Viral, Mudah Buat & Sedap Dihidang Time Raya

Share

Tinggal lagi hampir sembilan hari kita akan menyambut Aidilfitri. Walau hanya dibenarkan ziarah 20 ahli keluarga di hari raya pertama sahaja tapi selagi namanya hari raya, kita olah jadikannya fun dengan cara kita.

Bagaikan satu tradisi, bila nak tiba hari raya, kuih muih raya antara yang dicari. Kalau malas nak buat, boleh beli saja tapi kalau nak murah dan dapat jumlah banyak, buat sendiri jawapnya.

Kali ini REMAJA kongsikan resipi popia bersalut coklat viral yang cukup mudah dibuat. Bahan-bahan pun cukup senang nak cari dan paling penting sedap yang dikongsi oleh Chesu Riani di blog Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official. Apa yang penting, resipinya memang jadi ya, hahaha.

Nah korang resipinya.

Saya ada share dalam group satu lagi tu. Tapi saya share juga di sini. Mana tahu ada yang mencari-cari resepi mudah biskut raya.

Bahan-bahannya :
1 bungkus kulit popia
Coklat coin (saya guna beryls milk + dark choc)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu. Saya letak kuaci)
Manik hiasan
Cawan biskut

Cara membuatnya :-

Gulungkan kulit popia dengan menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ini untuk memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate. Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yang diingini.
Kulit popia memanjang. Satu gulungan saya potong menjadi 8. Ikut selera. Kemudian anginkan seketika kulit popia dalam 15 minit.
Goreng hingga keemasan.
Panaskan coklat coin double boil. Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati. Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!

P/s: Saya dapat resepi ini dari orang-orang share. Sebab itu saya letak viral. Ada yang inform resepi ini dari Adikfoods. Maaf admin saya tak tag cuma letak disclaimer camni ya. Huhu…

So dah siap dah resipi korang. Mudah je kan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros