Resipi Popia Coklat Pisang Sesuai Untuk Korang Yang Malas Masak Tapi Nak Makan Sedap

Share

Nak makan sedap tapi malas masak? Jangan risau sis, kami ada resipi mudah yang nak dikongsi kan bersama korang.

Sesuai la buat mereka yang nak cepat tapi masih nak makan sedap. Resipi popia coklat pisang yang dikongsi oleh Shirah Ariffin

ini sangat simple dan tak memerlukan bahan yang renyah.

Jom try!

Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popia

Pisang tak kisah pisang apa pun

Coklat nak pelbagai pun boleh

Air untuk dijadikan pelekat kulit popia

Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat:

1. Mula potong pisang + coklat kepada bahagian yang kecil (ikut suka nak potong macam mana pun).

2. Kulit popia potong kepada 4 bahagian buat sama saiz.

3. Kulit popia perlu dibasahkan supaya tidak melekat di antara satu sama lain. Air juga berperanan sebagai pelekat kulit popia.

4. Letakkan pisang dan coklat ke atas kulit popia dan gulung. Basahkan kulit popia supaya ia mudah melekat.

5. Then, step yang terakhir dah boleh goreng, goreng sehingga warna kuning keemasan.

6. Siap sedia dihidangkan.

Published by
Noor Ain Norman