
Snek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato chip macam yang korang selalu beli tu.
Jika dibeli di luar, sebungkus potato chip rasa sikit sangat dan rasa tak puas makan kan? Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi di Inspirasi Resepi ini.

Kentang Goreng Rangup ( Potato Chip)
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ml air
Sedikit penrencah maggi kari
Sedikit penrencah pasti sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng
Cara nak buat potato chip
- Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisah kupas buah.
- Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi.
- Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
- Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
- Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah sedap Knorr atau apa-apa yang anda suka ikut tekak sendiri. (sebagai perasa)
Senang dan puas hati. Selamat mencuba!
Sumber– Inspirasi Resepi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Kisah Gaji Tinggi Atau Rendah, Pastikan Anda Ada 4 Simpanan Ini

Menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu perbuatan yang mudah terutama dalam kalangan generasi muda hari ini. Dengan kos sara hidup tinggi yang tidak selaras dengan pendapatan diterima, malahan terpaksa menjelaskan pelbagai bil, serta menampung keluarga menjadikan rakyat tidak memiliki baki gaji untuk disimpan.
Bagaimanapun, tidak kisahlah gaji yang diterima berapa sekali pun, terutama anak muda yang baru mula bekerja, simpanan adalah perkara yang penting dan wajib kita lakukan untuk masa hadapan.
Paling penting, adalah azam dan matlamat, pasti anda dapat amalkan sikap menabung dengan lebih bijak selepas ini. Jadi, ini antara empat jenis simpanan yang anda boleh lakukan:
ARTIKEL BERKAITAN: Kumpul RM31K Dalam Masa 4 Tahun, Simpanan Ini Khas Untuk Orang Gaji Kecil

01 Tabung Kecemasan
Untuk kecemasan, perlu ada tiga hingga 12 bulan gaji bersih. Contohnya, gaji RM 3,000, simpanan RM 9,000.
Tabung simpanan ini tidak boleh diusik. Kegunaan tabung kecemasan untuk ‘backup’ kita jika betul-betul memerlukan wang. Ingat!

02 Simpanan Persaraan
Setiap majikan akan carum 9% atau 11% daripada gaji bersih ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kita.
Jikalau tiada keperluan, usah sekali mengeluarkan wang ini. Ingat ya, KWSP ini simpanan hari tua. Jangan ikut ‘sedap tekak’ sahaja untuk kita menggunakan wang simpanan ini sehingga terlupa pada masa akan datang kelak.

03 Simpanan Perlindungan
Ini penting juga, jika baru mula bekerja, sebaiknya cari takaful untuk ‘protect’ diri kita. Ada sahaja takaful mahupun medical card yang menawarkan bayaran kurang daripada RM 100 sebulan.
Ingat, peruntukan 5% hingga 10% daripada gaji kita untuk membuat perlindungan. Ada perlindungan baru dikiran kewangan itu kukuh.

04 Simpanan Pelaburan
Terakhir adalah simpanan pelaburan. Untuk bahagian ini, jika komitmen kita banyak, boleh ‘hold’. Fokus melangsaikan hutang dahulu. Kemudian, baru boleh memperuntuk sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji untuk membuat simpanan ini.
Boleh juga mencuba simpanan risiko yang rendah dahulu seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB), ia boleh mula menyimpan serendah RM 10.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels Kuncheek , Energepic.com , Pixabay , Karolina Grabowska & Alesia Kozi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
16 Senaman Untuk Kecilkan Perut & Pinggang Yang Korang Boleh Buat Di Rumah

Ramai yang mengeluh bila badan mula naik, lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP yang banyak dihabiskan masa untuk duduk di rumah sahaja. Walaupun masih bekerja dari rumah, tetapi tidak banyak pergerakan yang dilakukan kerana lebih banyak masa duduk di satu tempat sahaja.
Oleh sebab itu, kita disarankan untuk melakukan sendiri workout di rumah bagi mengekalkan tahap kesihatan dan stamina yang memuaskan. Tak perlu nak berjogging di luar, duduk di rumah juga boleh kurus kalau korang konsisten melakukan aktiviti workout.
Antara bahagian badan yang mudah naik adalah perut dan pinggang. Jadi, berikut kami kongsikan antara 16 senaman yang korang boleh lakukan sendiri di rumah bagi tujuan mengecilkan perut dan pinggang.
1. Plank

2. Bicycle crunch

3. Flutter kicks

4. Glute bridge

5. Scissor kicks

6. Heel touches

7. Russian twist

8. Bicycle crunch

9. Mountain climber

10. Side plank (kiri)

11. Side plank (kanan)

12. Leg raise

13. Spiderman plank

14. Leg circles

15. Plank hip dip

16. Plank

Nak lagi mudah korang boleh rujuk dalam video di bawah.
Selamat bersenam!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Saja Kacak, Atlet Paralimpik 16 Tahun Ini Amat Positif Walaupun Berkaki Prostetik

Pada usia 16 tahun, Ezra Frech dari Amerika Syarikat sudahpun bersedia untuk memberikan saingan habis-habisan ketika mewakili negaranya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Temasya yang akan bermula secara rasmi pada hari ini itu akan menyaksikan penyertaan negara paling banyak dalam sejarah penganjurannya biarpun dunia mengalami musim pandemik sekarang. Salah sebuah negara yang akan cuba untuk mengungguli carta kutipan pingat tentunya ialah Amerika Syarikat (AS) dan atlet bernama Ezra Frech ini ialah di antara nama yang menjadi sandaran negara Uncle Sam itu untuk memenangi pingat.

Sebagai atlet paralimpik paling muda pernah dihantar AS ke Sukan Paralimpik, Ezra tidak gentar berdepan cabaran dalam acara lompat tinggi, lompat jauh dan 100 meter lelaki nanti.
Kata Ezra, penggunaan kaki prostetik pada sebelah kiri tidak langsung merencatkan prestasinya. Malah menerusi akaun TikTok-nya, Ezra selalu menghiburkan pengikutnya dalam bentuk video komedi.
Walaupun semuanya nampak seperti dirinya tidak kisah dengan keadaannya itu, atlet kacak ini juga pernah berdepan perasaan ‘down’ dan tidak selesa dengan keadaan fizikal badannya.

“Semasa saya masih muda, saya tidak bergurau dengan ketidakupayaan ini.. saya merasa sedih dengan situasi ini. Saya menjadi satu-satunya murid tidak upaya di sekolah dan selalu mempunyai pemikiran ‘mengapa ini terjadi kepada saya’.
“Hanya apabila saya semakin dewasa, saya sedar saya dilahirkan sebegini. Lebih baik saya lakukan sedaya upaya untuk hidup sebaik mungkin dan menikmati peluang yang ada. Gurauan dan lawak yang saya lakukan adalah untuk mengelakkan rasa tidak selesa apabila seseorang bertemu dengan saya. Ini kerana masyarakat masih merasakan topik insan kurang upaya ini sebagai taboo,” katanya semasa ditemubual oleh Teen Vogue baru-baru ini.
Ezra telah mula memakai kaki prostetik sejak usia empat tahun lagi dan dia tidak menunggu masa yang lama untuk membiasakan diri menceburi bidang sukan. Semuanya ingin dicuba oleh Ezra; bola sepak, bola keranjang, larian.. name it, he has tried it.
Hanya apabila Ezra terpilih menyertai sukan olahraga dan bertemu atlet-atlet istimewa lain, barulah dia mula memahami betapa pentingnya untuk dia mewakili golongan tersebut dan negaranya ke peringkat antarabangsa.
Semasa Sukan Paralimpik Rio 2016 dilangsungkan, Ezra yang ketika itu baru berusia 11 tahun khusyuk menonton beberapa atlet istimewa AS yang pernah bersaing dengannya dahulu bertanding di temasya sukan paralimpik terbesar dunia itu. Itulah detik di mana Ezra benar-benar meletakkan sasaran untuk layak ke Tokyo 2020.
“Saya sekarang berada di atas balapan dan memberikan nasihat kepada kanak-kanak istimewa yang ingin menceburi sukan olahraga. Lima tahun lalu, sayalah salah seorang daripada kanak-kanak itu.”
Untuk pengetahuan, kategori yang dipertandingkan di Sukan Paralimpik tidak sama seperti Sukan Olimpik.
Contohnya dalam sukan olahraga balapan, satu kategori biasa seperti lari 100 meter boleh dibahagikan kepada 20 kelas berbeza! Sebagai contoh, terdapat kelad T11-13 (kurang penglihatan), T20 (kurang intelektual), T40-41 (tubuh kecil) dan macam-macam lagi.

Seperti Ezra, dia akan bertanding dalam kelas amputee (kudung) iaitu kategori di mana seseorang atlet itu perlu memiliki kepantasan. Dia juga perlu membiasakan diri untuk menggunakan kekuatan tubuh badan dengan teknologi ‘blade’ pada kaki agar dia menjadi atlet terpantas di balapan. Begitu juga semasa Ezra bertanding untuk acara lompat tinggi dan lompat jauh nanti. Dia perlu tahu teknik terbaik agar lompatannya boleh mencecah ketinggian terbaik menggunakan ‘blade’.
Tak sabar rasanya untuk melihat Ezra Frech bertanding nanti! Tidak mustahil dia dapat mencabar pelari paralimpik yang lebih senior daripadanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

