Resipi Rempeyek Tradisi Nenek, Rangup Dan Mudah Dibuat!

Share

Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?

Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Badam Coklat Ala Ferrero Rocher Guna 2 Bahan Sahaja Tapi Auto Sedap!

Paling menjadi perhatian mestilah kuih muih kering tradisional seperti rempeyek. Rempeyek resipi orang lama memang sedap, rangup dan berperisa.

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus tepung beras
  • 3 sudu besar ketumbar. *
  • 3 sudu besar jintan manis *
  • 3 sudu besar jintan putih*
  • 400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • 1 labu bawang putih (tumbuk halus)
  • Segenggam ikan bilis *
  • 1 biji telur
  • 1 sudu the kapur makan
  • 4cawan air secukupnya
  • Ikan bilis n kacang secukup
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1. Kisar semua yang bertanda *

2. Campurkan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis dan kacau sehingga sebati. *Perhatikan bancuhan dan cuba goreng satu keping. Jika rasa ia tebal tambah lagi air.

3. Panaskan minyak kemudian manaskan acuan di dalam minyak.

4. Selepas panas, tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecil dan letakkan kacang tanah dan ikan bilis, gorengkan.

5. Api jangan kuat sangat nanti hangus.

Selamat mencuba!

BACA LAGI : Resepi Bahulu Guna Blender Dan Sandwich Maker, Buat Sendiri Je!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana