Isi Kandungan
ToggleSejak kebelakangan ini ramai juga yang kami lihat memuat naik makanan daging ‘harimau menangis’ di media sosial dan kecur juga air liur melihatnya. Hiks! Dah ramai peniaga yang menjual makanan ini dan harganya boleh tahan mahal juga ya.
Nah, kalau nak jimat apa kata korang buat sendiri sahaja. Resipi daging harimau menangis ini nampaknya tidaklah terlalu susah.
Jom kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh Syaa Fikaa ini menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni? (MAHN).
Perap daging:
– Daging lembu
– Sos tiram
– Gula kabung
– Lada hitam
– Bawang putih
– Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali minyak masak (dalam 30 minit)
2. Kemudian, baru letakkan sedikit minyak masak dan gaul sebati serta perap selama 2 jam
3. Sedia untuk dibakar
Sos pencicah
– Bawang putih
– Bawang merah
– Gula kabung
– Cili hijau & merah
– Sos tiram
– Nampla
– Perahan limau nipis
– Daun ketumbar
Peringatan untuk korang, jangan overcook daging sebab nanti akan jadi keras. Buat medium saja baru sedap untuk dimakan.
Hm, tengok gambar pun dah sedap kan. Jom kita try!
Selamat mencuba..
Sumber: Syaa Fikaa
10 Bijirin ‘Rare’ Yang Korang Boleh Beli Secara Online, Sedap & Susah Nak Jumpa
Isi Kandungan
ToggleSajian bijirin sering kali menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana selain daripada mudah disediakan, ia juga enak untuk dimakan begitu sahaja.
Terdapat pelbagai jenama bijirin yang ada di pasaran, lebih-lebih lagi jika ia produk keluaran luar negara.Tetapi, tidak semuanya korang boleh dapatkan di pasar raya.
Berikut kami senaraikan antara 10 bijirin yang ‘rare’ boleh korang beli secara online.
1. Hershey’s Kisses Cereal
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657g8
2. Post Oreo Os Breakfast Cereal
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657vp
3. Kellogg’s Hershey’s Choco Crunch
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657vy
4. Kellog’s Krave
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657wd
5. Kellogg’s Apple Jacks
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657wt
6. Classic Trix 6 Fruity Shapes
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657x4
7. Cinnamon Toast Crunch
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657xm
8. General Mills French Toast Crunch
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657y6
9. General Mills Cinnamon Toast Crunch
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657yl
10. Cap’n Crunch Breakfast Cereal
Boleh beli disini: https://invol.co/cl657yy
Menarik bukan? Boleh cuba!
Sumber: (1)
Gimnas Berirama Ukraine Pula Pakai Uniform Seluar Panjang, LAYAK Final
Tidak salah sekiranya kami katakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mempamerkan beberapa kejutan sepanjang ia berlangsung dua minggu ini.
Dari kejutan juara dunia tumpas di pusingan awal, pencapaian atlet muda dalam acara masing-masing dan juga dari segi pengenalan sukan baru di peringkat Olimpik. Banyak betul kejutan yang kita telah saksikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020 – REMAJA
Salah satu perkara baharu yang nampaknya ingin diperkenalkan oleh sekelompok atlet dunia pada Tokyo 2020 adalah mengenai tata pemakaian mereka dalam acara tertentu.
Sekiranya pada minggu lalu, skuad gimnas Jerman yang menggantikan pakaian jenis leotard kepada unitard semasa mengambil bahagian dalam pusingan awal acara gimnastik wanita berkumpulan telah memperolehi perhatian menakjubkan daripada penggiat media seluruh dunia.
BACA LAGI : Menentang ‘Sexualisation’ Wanita, Gimnas Jerman Pilih Pakaian Unitard – REMAJA
Perubahan pada pakaian yang lebih bersederhana dan sopan itu mendapat sokongan ramai atas faktor tuntutan agama dan cerminan imej wanita yang tidak lagi dijadikan objek pandangan seksual. Alasan utama skuad Jerman itu untuk menunjukkan bahawa penting bagi mana-mana atlet wanita merasa selesa semasa bertanding juga dipuji ramai.
Memasuki minggu kedua Sukan Olimpik, Pusat Gimnastik Ariake di Tokyo sekali lagi melihat perubahan pemakaian para gimnas dan kali ini ia membabitkan skuad gimnas berirama Ukraine.
Mereka telah bertanding dalam acara kelayakan individu all-around dengan mempertaruhkan gimnas bernama Khrystyna Pogranichna dan Victoria Onoprienko dan masing-masing melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung pada hari ini dpada kedudukan kesembilan dan kesepuluh.
Menariknya, biarpun mereka tidak menolak pemakaian leotard dalam beberapa acara apparatus yang disertai; ada ketika di mana dua orang gimnas ini memilih pemakaian unitard.
Ini terjadi semasa Victoria beraksi untuk acara riben dalam unitard tanpa lengan serba merah tanpa sebarang bahagian fabrik mirip warna kulit seperti yang selalu disarungkan oleh gimnas berirama. Khrystyna juga kelihatan cukup anggun dalam persalinan berseluar panjang hitam dengan perincian silver pada bahagian dada, bahu dan lengan; juga semasa acara riben.
Pada acara bola pula, Victoria kembali memilih uniform sopan serba hitam.
Manakala rata-rata media fesyen dunia melaporkan keunikan uniform Khrystyna serba hitam yang mempamerkan corak retro pada bahagia bodice.
Jelas, Ukraine juga tidak mengekang gimnas mereka untuk berseluar panjang semasa bertanding di pentas segah Sukan Olimpik. Ia sekaligus memberikan harapan kepada lebih ramai gimnas perempuan seluruh dunia untuk menceburi bidang sukan ini dengan selesa.
*
Di Malaysia sendiri, penulis tahu ramai sebenarnya kanak-kanak perempuan teringin menyertai skuad gimnastik dan gimnastik berirama. Namun disebabkan ketetapan pemakaian para gimnas, ramai ibu bapa yang sukar membenarkan anak mereka menceburinya.
Dengan perkembangan terbaru ini, diharap dunia sukan terutamanya untuk gimnastik dan gimnastik berirama lebih terbuka dalam soal pemakaian atlet berpotensi mereka.
Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai
Biasanya apabila terjadi kes kematian atau cacat kekal disebabkan kemalangan di tempat kerja, kita hanya akan terfikir, ‘SOCSO ada, bolehlah bantu…”
Jumlahnya dapatlah sikit-sikit mengikut setengah daripada gaji akhir indivitu tersebut. Itu pun kalau majikannya mencarum, kalau tak melopong sajalah.
Tetapi tak ramai yang tahu, kita sebenarnya berhak menyaman majikan atau pemilik premis bangunan andai berlaku kematian atau kemalangan ketika kita berada di lokasi terlibat.
Tindakan saman ini boleh diambil sama ada seseorang itu mencarum SOCSO atau pun tidak.
Menyaman pemilik premis mungkin belum popular di negara kita tetapi di luar negara mereka ada satu unit dinamakan“flying squad” yang akan membantu keluarga mangsa yang teraniaya.
Dengarkan perkongsian dari Ir Haji Mohamad Khalil, bekas jurutera makenikal berkelulusan Bachelor Of Engineering dari Melbourne, Australia.
Beliau mempunyai Master dalam Pengurusan Keselamatan Industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan terlibat dalam bidang keselamatan industry sejak 12 tahun lalu selepas berhenti kerja dengan Petronas 25 tahun lalu.
Menurut pemilik Khalil Safety Consultant Sdn Bhd ini, semua industri di negara ini tertakluk kepada Dua (2) akta iaitu Akta Kilang dan Jentera (AKJ 139) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 514) atau OSHA.
Akta ini memberi penekanan kepada majikan dan pemilik premis untuk bertanggungjawab ke atas mereka yang berada dan bekerja di tempat mereka dengan mengadakan Sistem Kerja Selamat atau Safe System Of Work.
Maknanya, semua bangunan di dalam negara ini tertakluk di bawah dua akta ini kecuali berkaitan tentera dan kapal dagang.
Paling mudah nak faham, tak kira di mana anda berada sama ada sekolah, kedai, hotel, atau tempat awam, sekiranya berlaku tragedi di tempat tersebut, pemiliknya bertanggungjawab kerana itu premis mereka.
Jumlah saman pula ada ketika boleh mencecah jutaan ringgit mengikut kepada kecederaan atau kehilangan dialami. Syaratnya, kejadian mestilah tidak lebih daripada enam tahun. Sebabnya, mahkamah hanya dengar kes enam tahun ke bawah sahaja.
Mangsa dalam video di atas berkerja di sebuah kilang yang berlaku letupan menyebabkan kakinya hancur selain terbakar seluruh tubuh. Sebelum ini kesnya terbiar begitu sahaja sebelumlah dibantu.
Awalnya keluarga tak yakin boleh menang dan tak tahu nak buat bagaimana pun.
Terkini, nasibnya mulai terbela dan saman kepada majikannya meningkat daripada RM5 juta kepada RM8 juta.
Biasanya, dalam satu-satu kemalangan yang terjadi, keluarga mangsa akan menyerahkan urusan siasatan kemalangan kepada pihak berautoriti dan majikan tanpa diberi maklum balas hasil siasatan.
Contohnya dalam kes kebakaran, paling tidak kita dengar sistem pendawaian tidak mengikut spesifikasi selepas bangunan terbakar. Tapi selepas tu apakah tindakan kita?
Biasanya keluarga mangsa tak tahu tindakan selanjutnya kerana tiada pendedahan terhadap perkara ini.
Kata Ir Haji Khalil lagi, kalau didapati ada kecuaian, kita boleh bawa kes ini ke mahkamah dan undang-undang TORT boleh digunapakai untuk dikaitkan dengan ketidak-patuhan kepada Akta dan peraturan.
Proses saman ini akan melalui tiga peringkat:
- Ahli keluarga perlu melantik syarikat yang mempunyai kepakaran dalam siasatan kemalangan industri / tempat kerja dan membawa hasil siasatan ke mahkamah melalui peguam yang juga mahir dalam undang-undang TORT (kecuaian) untuk tujuan tuntutan pampasan.
- Jika hasil siasatan mendapati wujudnya elemen kecuaian dalam kemalangan itu, pihak yang dilantik akan mengeluarkan notis tuntutan dan membawa kes ke mahkamah sivil.
- Sapina dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu demi pembelaan ke atas keluarga mangsa.
So korang semua, jika ada rakan atau ahli keluarga yang terlibat kes kemalangan begini dan nasib keluarga mereka tak terbela, bolehlah kita panjang-panjangkan artikel ini. Sekurang-kurangnya, kita dapat bantu meringankan beban mangsa atau ahli keluarga mereka.